Sebagai warga Internet, kita sering menerima, mengakses dan membaca maklumat menerusi pelbagai saluran media digital seperti laman web media arus perdana dan aplikasi media sosial (WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram dan Tik Tok).
Maklumat yang diterima menerusi kepelbagaian sumber itu tadi , mungkin ada di antaranya yang;
benar (tiada sebarang keraguan)
palsu atau
mempunyai beberapa kesalahan fakta (benar dan palsu bercampur aduk).
Maklumat palsu atau kandungan bercampur aduk berpotensi untuk mengakibatkan:
Salah faham berpanjangan
Mewujudkan reaksi negatif warga Internet
Ketidakstabilan keamanan sehingga boleh pula mewujudkan keadaan huru hara dalam masyarakat
Klik pada anak panah ke bawah π½ untuk melihat enam gambar dan teroka cara-cara untuk mengenal pasti maklumat palsu.