Antara semua jenis bias kognitif yang ada, bias pengesahan boleh dikatakan paling ketara dan kerap muncul dalam pemikiran seharian kita secara langsung atau tidak langsung.
Secara saintifik, bias pengesahan ialah sejenis kecenderungan untuk mencari atau mentafsir maklumat yang mengesah atau menyokong kepercayaan, harapan atau hipotesis yang ada.
Seseorang yang menunjukkan bias pengesahan akan mencari, menerima dan menggunakan maklumat yang bersetuju dengannya dan menurut kajian, situasi ini akan menjadi lebih ketara apabila mereka berhadapan dengan maklumat yang bercanggah dengan pendapat mereka terhadap isu yang menyentuh emosi atau kepercayaan yang mereka pegang.
Jom jalankan satu eksperimen mini untuk melihat bagaimana bias pengesahan berlaku
Ada pendapat yang menyatakan bahawa wanita merupakan pemandu yang teruk. Oleh itu, mereka akan lebih cenderung untuk mencari dan menerima maklumat bagi menyokong pendapat mereka. Sebagai contoh:
Apabila membaca berita sebegini, pemandu perempuan semestinya berlegar-legar dalam fikiran.
Ketika memandu di jalan raya dan terserempak dengan kereta yang pemandunya tidak boleh memarkir secara sisi - secara automatik pemandunya yang difikirkan adalah perempuan.
Namun realitinya, berdasarkan kajian daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), hampir 90% kemalangan adalah melibatkan pemandu lelaki berbanding dengan perempuan.
Sumber: Berita Harian
Seorang guru yang mempercayai bahawa tulisan kursif adalah penting dan bermanfaat, maka guru itu akan lebih cenderung untuk membaca maklumat dalam kotak biru berbanding dengan maklumat dalam kotak hijau di bawah.
Fikirkan pendapat anda dalam isu ini - Haruskah sekolah mewajibkan pembelajaran tulisan kursif dalam kalangan murid? Kemudian, tekan berita yang berkenaan untuk membaca nukilan penulis dalam ruangan pendapat New York Times.
Sumber: New York Times
Seterusnya, kongsikan pandangan anda terhadap tulisan kursif dalam padlet berikut. Tekan ikon "+" untuk tinggalkan komen anda.
Ikuti praktis berikut untuk menjauhkan diri daripada bias pengesahan.