MODUL 2: BAHAGIAN 2
MODUL 2: BAHAGIAN 2
Tempoh masa yang dicadangkan untuk Bahagian 2: 30 minit
Anda telah mempelajari jenis-jenis kecelaruan maklumat yang ada di sekeliling kita. Pasti anda terfikir: Saya tidak kongsi maklumat palsu. Saya tidak tulis mesej fitnah atau hasilkan maklumat mengelirukan. Saya okey. Sekarang kita tengok dalam diri kita pula.
Adakah anda seorang yang berat sebelah? (Tak adalah!!)
Mungkin anda pernah terdengar perkataan bias/biased, yang merujuk kepada sifat berat sebelah atau kecenderungan menyebelah kepada satu pihak. Adakah anda biased? Cuba renungkan melalui undian ini.
Lihat dua gambar di bawah. Frasa 'warga asing' lebih kerap digunakan untuk menggambarkan pekerja dari negara Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Vietnam, Indonesia dan Nepal. Namun, warga asing bergaji RM3000 ke atas pula digelar ekspatriat.
Adakah anda dapat mengesan bias dalam perwakilan dua kumpulan ini dalam tajuk-tajuk berita berikut?
Mengapakah wujud perbezaan label seperti di atas? Adakah ini adil bagi pihak-pihak berkaitan?
Apakah perasaan anda setelah melalui situasi di atas?
Adakah keputusan yang anda pilih adil untuk semua pihak?
Situasi di atas menunjukkan kesan apabila kita membiarkan bias mempengaruhi cara kita mencari maklumat dan menentukan pilihan kita terutamanya apabila membuat keputusan bagi pihak orang lain. Kita mungkin lupa akan kepentingan orang lain dan sebaliknya hanya mengutamakan pilihan diri kita.
Salah satu cara berkesan untuk mengelakkan kesan bias negatif adalah dengan menyedari bias peribadi kita.
Realitinya, bias adalah umpama spektrum dan kita semua mempunyai kecenderungan untuk bertindak berat sebelah pada kadar yang berbeza. Jarang ada orang yang penuh dengan bias atau langsung tiada bias dalam semua perkara.
Kita semua manusia yang mempunyai keinginan dan kecenderungan pilihan peribadi. Mungkin kita lebih biased dalam sesuatu isu berbanding dengan isu lain.
Yang paling penting, kita sedar akan bias kita.
Kita juga perlu memilih untuk bersikap objektif dan lebih berhati-hati apabila membuat keputusan supaya kita boleh berlaku adil kepada semua pihak.
Adakah anda tahu bias juga wujud dalam cara kita mencari maklumat, lebih-lebih lagi maklumat dalam talian?