Setelah menyedari betapa pentingnya untuk memahami bagaimana kandungan berita dicipta dan diulas, marilah kita meneliti corak penggunaan media oleh masyarakat kita sekarang.
Populasi rakyat Malaysia dianggarkan sebanyak 32.73 juta pada suku keempat tahun 2020 (Laporan Perangkaan Demografi, 2020) dengan 88.7% pengguna internet (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2020).
Apakah corak penggunaan media bagi pengguna Internet di Malaysia? Apakah corak penggunaan media anda berbanding dengan orang ramai di Malaysia? Daripada senarai di bawah, nyatakan platform yang selalu anda guna untuk mendapatkan berita:
Bandingkan keputusan anda dengan laporan penggunaan media sosial rakyat Malaysia berikut. Adakah terdapat persamaan?
Apakah tahap kepercayaan anda terhadap sumber berita yang diterima? Undi pendirian anda di bawah.
Lihat pula data di bawah yang menunjukkan tahap kepecayaan orang ramai terhadap sumber berita yang mereka terima.
2020
2021
2020
2021
2020
2021
Berikut ialah peratusan rakyat Malaysia yang mendapatkan berita berbayar dalam talian.
Sekiranya hanya 17% pengguna Internet mendapatkan berita berbayar, siapakah yang menanggung pembiayaan institusi media?