Dalam modul ini, anda telah memahami
Kepentingan literasi media dan maklumat - memahami skop literasi media dan maklumat serta cara untuk mengakses maklumat dengan selamat.
Etika media dan maklumat, kebebasan editorial dan pluralisme media - memahami cara untuk melahirkan media yang bertanggungjawab serta peranan media dalam pembangunan masyarakat.
Kini tiba masa untuk renungan dan membuat refleksi!ย
Klik ikon '+' di hujung bawah kanan dan tuliskan refleksi anda. Sila isikan juga nama penuh dan sekolah anda.ย
Seterusnya, Modul 2 akan membawa kita meneroka landskap kecelaruan maklumat dan ruang gema:
Jenis kecelaruan maklumat - memahami dan mengenal pasti perbezaan antara maklumat salah (misinformation), maklumat palsu (disinformation) dan maklumat hasad (malinformation).ย
Bias carian - meneroka sama ada anda berat sebelah.
Ruang gema - memahami cara buih tapisan dan ruang gema terjadi, serta cara-cara untuk mengelakkannya.
Sebelum kita meneruskan pengajaran, marilah kita uji diri dengan Pentaksiran Modul 1 dahulu!