Bias atribusi terbentuk di bidang teori atribusi iaitu teori berkenaan mengapa dan bagaimana kita memberikan penjelasan kepada tindakan diri dan orang lain.
Dalam kehidupan harian, manusia sering berinteraksi antara satu sama lain. Maka kemahiran mentafsir dan memahami niat sesuatu tindakan dan situasi yang dilakukan oleh orang lain. Kemahiran ini dikenali sebagai atribusi. Kita sering melakukan atribusi setiap hari tanpa kita sedari.
Contohnya, apabila rakan sekerja lambat hadir ke mesyuarat, kita mungkin mengatribusikan punca kelewatan itu kepada tabiat negatif rakan sekerja. Contoh lain, apabila kita gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatribusikan punca kegagalan itu kepada tahap kesukaran soalan yang tinggi.
Namun, atribusi tidak selalu menggambarkan realiti kerana seringkali, tafsiran dibuat secara tidak objektif dan menyebabkan kecenderungan berat sebelah yang tersendiri. Bias atribusi berlaku apabila berlakunya ralat dalam penilaian dan pentafsiran niat atau sebab sesuatu tindakan dan tingkahlaku.
Tekan sini untuk muat turun infografik jenis bias atribusi.
Jom lihat bagaimana bias atribusi wujud!
Rujukan:
https://opentextbc.ca/socialpsychology/chapter/biases-in-attribution/
https://www.simplypsychology.org/fundamental-attribution.html
https://www.sciencedirect.com/topics/medicine-and-dentistry/attributional-bias
https://www.simplypsychology.org/halo-effect.html
https://secure.understandingprejudice.org/apa/english/page9.htm