Rujuk video-video demonstrasi di bawah yang menunjukkan panduan mengaplikasikan kemahiran carian imej terbalik dan penggunaan enjin carian untuk menentu sah imej dalam konteks harian kita.
Tonton video demonstrasi membuat carian imej terbalik menggunakan enjin carian di bawah dan cari jawapan kepada soalan-soalan berikut:
Namakan dua sumber yang dirujuk oleh pengasas dalam demonstrasi ini.
Gambar yang dicari telah mendapat liputan media perdana dalam negara. Pada tahun berapakah berita tentang gambar tersebut diterbitkan?
Apakah jawatan Ross Brawn?
Transkrip
Hai. Nama saya Kenn. Saya ialah salah seorang pengasas ME4A iaitu Media Education for All. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya macam mana saya menentu sahkan sama ada gambar yang kita terima ialah betul ataupun tidak. Saya cuba gunakan salah satu bahan, sampel untuk kita kongsikan pada malam ini. Okey, pada malam ini, saya ingin menggunakan bahan ini ataupun keratan akhbar yang saya dapati di laman web untuk dijadikan salah satu sampel yang kita bincang tentang cara-cara menentu sahkan sama ada gambar ini betul atau tidak. Gambar ini yang menunjukkan seorang warga Malaysia yang menerima darjah kebesaran daripada Ratu England. Biasanya, kalau kita guna Google Chrome kita akan gunakan salah satu teknik iaitu Google Chrome Reverse Image. Macam mana kita buat? Kita right click, lepas tu (klik) ‘search Google for image’ kalau kita gunakan Google Chrome. Kalau tekan ‘search Google for Images’, anda akan pergi ke satu laman web yang menunjukkan anda telah buat Google Image Search. Okey. Then di sini, dia ada menunjukkan ‘visually similar images’ iaitu bermaksud gambar-gambar yang nampaknya macam sama. Di sini, nampaknya terdapat satu gambar yang macam gambar yang kita nak cari tu, kita tekan. Kita klik di sini. Kita dapat gambar ini di sini tetapi dengan title, dengan topiknya kata ‘Stir Over DAP Man’s ‘Sir’ Title’ by The Star. Cuba kita klik sebab dia The Star kan. Mainstream media. So kita boleh rujuk. So from here kita boleh nampak berita ini diterbit pada tahun 2010, 8 haribulan tujuh (Julai). Berita ini consider berita yang lama lah. So kita tengok apa yang ditulis di sini. “Kota Kinabalu: A reported “knighthood” from Queen Elizabeth II to a state DAP member is creating a major stir even among his party members”. Yang bermaksud, eh. Gambar ini macam tidak betul punya. Bagaimana kita nak tentukan di manakah gambar asal ataupun gambar tulen? So dari sini, cuba kita buat sekali lagi Google Reverse. Kita right click,then ‘search Google for Image’. Dia akan bawa ke laman web yang sama macam tadi, tetapi sekarang kita ada lagi banyak gambar yang nampaknya sama. Kenapa macam ada gambar yang tidak begitu sama, ada persamaan dengan gambar sebelum ini. Kita cuba cari. Tekan di sini. Dan di sini ada satu gambar yang menyatakan the ethics of photo manipulation. Tapi kat sini dia ada tulis ‘the doctored image’ daripada Researchgate. Researchgate ialah laman portal untuk ahli-ahli akademik. Scholar paper, apa-apa akan diterbit di sini. Cuba kita cari yang ini. So dia akan bawa ke laman ini, researchgate.net. Di sini ada satu gambar yang menunjukkan gambar tadi, gambar Jeffrey dengan gambar kedua yang menunjukkan Ross Brawn. Ross Brawn ini siapa? Cuba kita cari. Ross Brawn. Kita highlightkan nama Ross Brawn, kita buka lagi search Google for Ross Brawn. Oh, rupa-rupanya Ross James Brawn ialah British Formula One Managing Director, salah satu pengarah. So kita cari gambar Ross Brawn yang berkait dengan Ratu England, Ratu Elizabeth. So kita taipkan Queen Elizabeth kat sini. Oh, gambar tadi dia keluar yang menunjukkan gambar sebenarnya ialah gambar di mana Ross Brawn dianugerahkan darjah kebesaran tetapi bukan Jeffrey yang kita nampak tadi. So bermaksud gambar ini telah di’doctored’, telah dimanipulasikan. So cara-cara macam ni dia mengambil masa sedikit sebab kita nak menentu sahkan bahawa gambar itu adalah betul. That is the reason why we keep on doing research and it is always better sebelum kita sharekan gambar. Mungkin gambar itu ialah gambar tidak betul. Sekian sajalah pada hari ini. Terima kasih.
Tonton video demonstrasi membuat carian imej terbalik menggunakan enjin carian di bawah dan cari jawapan kepada soalan-soalan berikut:
Apakah ayat yang tertera pada papan notis gereja pada bahan yang dirujuk?
Apakah ayat sebenar yang terpampang pada papan notis gereja tersebut?
Apakah motif yang disebutkan tentang mengapa gambar tersebut dimanipulasikan?
Transkrip
First of all, nama saya Kenn. Saya ialah salah seorang pengasas ME4A, iaitu Media Education for All. Hari ini saya dapat satu bahan lagi atau sampel untuk berkongsi pengalaman saya macam mana menentu sahkan sama ada gambar ini adalah tulen, betul atau pun telah dimanipulasikan. Saya dapat satu gambar yang menunjukkan Donald Trump, presiden - mantan presiden Amerika Syarikat yang dia, dalam tangan dia ambil satu Bible. Lepas tu, papan tanda di belakang dia yang menulis ‘Beware of false prophets, which comes to you in sheep’s clothing but inwardly they are ravening wolves’ yang menyatakan bahawa dia tidak percaya kepada gereja-gereja Kristian di Amerika Syarikat. So sama sahaja dengan cara kita guna Google Reverse, iaitu terus pergi gambar itu, right click lepas itu ‘search Google for images’. Selepas anda tekan atau klik ‘search Google for images’, the landing page akan sampai ke sini di mana visually similar images yang kita nampak di sini. Terdapat beberapa gambar yang nampaknya serupa. So kami cuba klik salah satu gambar itu untuk tengok ada ke tidak perbezaan antara kedua-dua ini. So tadi, yang ini gambar macam serupa gambar yang kami nak buat penentu sah. Mari kita buat comparison antara dua-dua ini. Saya cuba dragkan untuk senang kita tengok. Okey, gambar yang kami dapat tadi dia kata ‘Beware of false prophets, which comes to you in sheep’s clothing’ tapi gambar yang sebenarnya ialah ‘Sunday services online. All are welcome. The reverend’. Nama paderi itu. Nama paderi gereja itu. So dengan jelasnya gambar ini telah dimanipulasikan dan ia mungkin semata-mata untuk tindakan-tindakan politik yang tidak bertanggungjawab. So dengan gunakan Google Reverse Images, kami boleh dapat tahu sama ada gambar itu telah dimanipulasikan ataupun gambar itu tulen. So kita kena berhati-hatilah dengan gambar begini. Kalau kita terima gambar begini secara dalam talian ataupun di telefon pintar.
Apa yang bakal anda lakukan apabila menerima mesej yang nampak sahih? Semak langkah-langkah yang sepatutnya diambil melalui kuiz ringkas ini.