Contoh 1 - Aplikasi Mata Pelajaran Umum
Portal Checkology (Topik: Be the editor) boleh dijadikan bahan bantu mengajar untuk melatih kemahiran para pelajar dalam proses menilai kebenaran sesebuah berita.
Contoh 2 - Aplikasi Mata Pelajaran Pendidikan Moral/Sivik dan Kewarganegaraan
Teliti cara penyampaian berita di sebelah dan bincang di dalam kelas:
Apakah niat dan nada penulis berita tersebut?
Adakah penulis ini berat sebelah?
Apakah perasaan anda terhadap warga asing setelah membaca berita ini?
Kesimpulan perbincangan:
Cara penyampaian berita akan mempengaruhi pemikiran dan kepercayaan orang ramai.
Contoh 3 - Aplikasi Mata Pelajaran Bahasa
Melatih pelajar mengarang berita bagi medium berbeza; contohnya, akhbar, siaran tv/video, media sosial atau aplikasi sembang seperti WhatsApp. Cari kata-kata bias yang digunakan dalam karya pelajar. Pilihan bahasa dan jumlah perkataan amat penting dalam aktiviti ini kerana gaya penyampaian berita yang berbeza diperlukan bagi menarik minat pembaca.
Contoh 4 - Persediaan Mengajar
Sumber tambahan sebagai persedian mengajar