mODUL 4: bAHAGIAN 1

Landskap media di malaysia

Perundangan dan Kehakiman

Bulan Februari 2021 merakamkan dua peristiwa penting yang berpengaruh. Australia telah meluluskan undang-undang pertama untuk menuntut syarikat teknologi gergasi Google dan Facebook supaya membayar kandungan berita yang dikongsikan pada platform mereka (BCC, Februari 2021).


Di Malaysia, Malaysiakini telah didenda sebanyak RM500,000 apabila mahkamah memutuskan supaya portal berita itu bertanggungjawab atas komen pembaca yang menghina mahkamah dalam ruangan komen portalnya. (Astro Awani, Februari 2021).

Dalam sejarah Malaysia, lesen penerbitan beberapa akhbar negara ini pernah dibatalkan oleh pihak berkuasa daripada pemerintah kerajaan melalui Operasi Lalang 1987. Penerbitan akhbar yang dibatalkan lesen termasuklah The Star, Sin Chew Jit Poh, The Sunday Star serta Watan. Lesen syarikat berkenaan dibatalkan kerana penerbitan mereka dianggap mengancam keamanan masyarakat.

Marilah kita terokai undang-undang utama yang berkait dengan penyebaran berita di negara kita.

Berikut ialah beberapa kes yang berkait dengan penyebaran berita; marilah kita menguji kefahaman kita.

Pada masa ini, kebebasan editorial dan pluralisme media masih terhad dan tertakluk pada undang-undang yang ketat.

Selain undang-undang, apakah cara lain yang boleh dipraktikkan untuk memastikan penerbitan berita adalah tepat dan telus dengan pada masa yang sama beretika?