Tempoh masa yang dicadangkan untuk Bahagian 1: 20 minit
Dua situasi berbeza sudah akan tentu menghasilkan realiti yang juga berbeza. Keadaan ini dapat dirasai oleh sesetengah orang apabila semua saluran maklumat ditapis - atau kepada semua orang apabila maklumat boleh didapati daripada mana-mana sahaja.
Klik butang > pada slaid di bawah dan fahami serba sedikit kesan kewujudan terlalu banyak berita dan keadaan apabila ketiadaan berita.
Sebagai pengguna, kita sentiasa inginkan maklumat yang dapat diakses dengan cepat. Jika percuma, lebih baik.
Pihak institusi media pula inginkan keadilan ganjaran atas hasil kerja mereka. Jika semata-mata percuma melalui media sosial, mana datangnya pula sumber pendapatan mereka? Oleh sebab itu, penerbit akhbar di Kanada menunjuk perasaan.
Kita mahukan berita percuma dan pantas tetapi pendapatan pihak media pula terjejas. Jika akses sumber media melalui media sosial disekat, pengguna tidak lagi mendapat maklumat terkini dengan cepat.
Sekarang, wujud dua dilema. Menurut anda, situasi dunia yang manakah lebih aman?
Adakah dunia tersebut ialah sebuah dunia tanpa berita dan maklumat, atau dunia yang dibanjiri dengan maklumat tidak terbatas?