Terdapat 1,001 kisah dalam sebuah gambar. Ia bermakna terdapat kemungkinan wujudnya lebih 1,001 maklumat dalam satu imej. Kita akan menelusuri satu kemahiran asas melalui tetapan peranti bagi pemerhatian kritis - iaitu cara membesarkan/mengecilkan imej.
Mengapakah membesarkan/mengecilkan imej ialah suatu kemahiran yang penting?
Terdapat banyak perincian pada satu imej dan perincian ialah maklumat. Mengecilkan imej membolehkan kita melihat gambaran keseluruhan sesuatu media dan kita membesarkan imej untuk meneliti setiap perincian serta petunjuk visual pada imej yang boleh memberitahu kita lebih banyak fakta tentang imej tersebut.
Tekan kekunci Ctrl dan '△'/'↑ ' (besarkan skrin); Ctrl dan '▽'/'↓ ' (kecilkan skrin)
Tekan kekunci Ctrl dan gerakkan roda tetikus ke hadapan (besarkan skrin); Ctrl dan gerakkan roda tetikus ke belakang (kecilkan skrin)
Cuba besarkan imej ini dan dapatkan maklumat tahun bangunan ini dibina.
(Semak jawapan anda)
Tahun Binaan:
1849