mODUL 4: bAHAGIAN 1

Landskap media di malaysia

Profil media Malaysia

Apabila perubahan pemerintahan kuasa kali pertama berlaku melalui pilihan raya umum pada Mei 2018, kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Reporters Without Borders meningkat secara mendadak.

Indeks Kebebasan Akhbar

Sumber laporan: Reporters without Borders, 2021

Barometer Data Terbuka

Sumber laporan: Open Data Barometer, 2015

Trend tersebut tidak bertahan lama apabila berlakunya perubahan lain dalam struktur kerajaan pada bulan Mac 2020. Antara langkah yang diambil oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuklah mengaktifkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dikatakan membiayai cybertrooper untuk tujuan politik sebanyak RM85 juta dalam Belanjawan Malaysia 2021. Ia bermakna perundangan yang menekankan kebebasan media diaktifkan semula, antaranya merangkumi Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Di bawah undang-undang tersebut, pihak berkuasa memiliki kawalan ketat terhadap lesen penerbitan dan wartawan boleh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun atas tuduhan hasutan.

Demi menjamin ketelusan maklumat terutamanya semasa pilihanraya umum, projek pemantauan media, Watching the Watchdog 2.0 telah dilancarkan oleh Centre for the Study of Communications and Culture di bawah School of Media, Languages and Cultures di University of Nottingham Malaysia.

Berikut ialah ringkasan hasil penemuan projek mengenai pilihanraya umum ke-14 yang diterbitkan pada 7 September 2020 itu. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kandungan berat sebelah yang berkait rapat dengan pemilik media serta aktiviti individu atau parti politik mendapat liputan berita lebih tinggi berbanding dengan perbincangan tentang pembangunan dasar yang lebih penting bagi manfaat masyarakat berdemokrasi.

Pernahkah anda terfikir, apakah jenis media yang kita mahukan?

Marilah kita tonton suara rakyat Malaysia dalam video yang berikut.

Pada tahun 2019, Malaysian Press Institute mencadangkan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC).

Dalam cadangan tersebut, Majlis Media Malaysia (MMC) berfungsi sebagai sebuah badan self- regulatory atau pengaturan kendiri, iaitu pihak media sendiri mengawasi pengurusan, kawal selia dan perjalanan media di negara ini. Ia bermaksud kuasa dalam tangan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia terhadap pengawalan media akan diambil alih oleh MMC. Justeru, pengawalan pemerintah terhadap media akan dikurangkan dan kebebasan editorial dapat dipelihara.

Secara amnya majlis ini bertujuan menjaga kepentingan akhbar/ media, sekaligus menjaga kepentingan negara. Tujuannya adalah seperti yang berikut:

  • Memastikan kebebasan akhbar/media dipertahankan; liputan yang objektif serta tidak berat sebelah.

  • Memastikan saluran media dengan orang ramai sentiasa terbuka.

  • Menerima aduan orang ramai berhubung tindakan media.

  • Memantau undang-undang/akta berkaitan dengan media dari semasa ke semasa.

  • Menjadi badan rujukan berhubung perkara berkaitan dengan akhbar/media/kewartawanan.

Cadangan penubuhan MMC kini masih setakat cadangan. Perkembangan penubuhan tersangkut sejak perubahan pemerintah kerajaan pada bulan Mac 2020. Setakat ini, seramai 17 wakil daripada organisasi media cetak, elektronik dan dalam talian; media tempatan dan antarabangsa; kesatuan wartawan; serta wakil badan bukan kerajaan telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa sementera (pro-tem) Majlis Media Malaysia (MMC).