Contoh 1
Murid boleh menyoal kesahihan sumber maklumat daripada organisasi terkenal berdasarkan kesalahan tatabahasa dan ejaan yang terdapat pada media tersebut. Contoh: Emel ‘phishing’ dan infografik daripada "NASA Artemis Engagement"
‘Spot the difference’: Murid boleh membandingkan gambar asli dengan gambar yang telah diedit dan menggunakan bahasa (kata adjektif, kata nama) untuk menerangkan perbezaan yang ditemukan.
Contoh 2
Imej yang dipalsukan biasanya boleh dikenal pasti dengan meneliti sama ada titik lenyap, pantulan dan bayangan objek dalam gambar adalah tepat. Murid boleh membuat latihan untuk melukis garisan titik lenyap dan bayangan mengikut sumber cahaya.
Aktiviti lain yang juga boleh dilakukan ialah murid meneka sama ada imej telah diedit atau tidak.
Contoh 3
Selepas mempelajari konsep bacaan pH dan sifat alkali, murid boleh menyelidik bahan media yang menggunakan fakta-fakta saintifik. Sebagai contoh, membuat bacaan daripada catatan Facebook tentang kaedah mengatasi Covid-19 dengan makanan beralkali dan membuat kesimpulan sama ada fakta-fakta saintifik yang dinyatakan adalah sahih.