Contoh 1
Menggunakan mesej yang biasa diterima ramai melalui aplikasi sembang seperti Whatsapp, minta pelajar jalankan kajian kes dan tunjukkan cara mereka mengaplikasi kemahiran menentu sah maklumat melalui siasatan mereka.
Contoh kes: Berita melarang kita menekan sebarang butang di aplikasi WhatsApp kerana akan mengakibatkan pemilik akaun dicaj, selain menjejaskan maklumat peribadi sensitif seperti akaun bank.
Contoh 2
Sediakan beberapa contoh imej dan video dan minta pelajar membuat carian imej terbalik menggunakan enjin carian, laman sesawang dan aplikasi telefon pintar.
Cadangan: Jalankan aktiviti ini sebagai aktiviti mingguan sehingga pelajar mahir menggunakan kemahiran ini, selain membentuk kebiasaan untuk menentu sah imej/video.