Berikut merupakan contoh-contoh yang boleh digunakan di dalam bilik darjah.
Contoh 1 - Aplikasi Mata Pelajaran Sains
Topik perbincangan: Mengapa lemak dituduh sebagai punca utama penyakit jantung?
Pelajar boleh menjalankan kajian melalui Internet, perbincangan dalam kumpulan dan membentangkan hasil kajian mereka. Cikgu boleh menggalakkan pelajar mengkaji dari perspektif dana kajian, reaksi rakyat, perundangan, proses kajian dan sebagainya.
Persediaan guru:
Bagaimana industri gula menuduh lemak sebagai punca utama penyakit jantung
Contoh 2 - Aplikasi Mata Pelajaran Bahasa
Pelajar boleh menjalankan aktiviti membanding beza tajuk berita yang sama daripada media massa yang berbeza untuk menentukan pengaruh pemilikan terhadap cara penyampaian berita dengan meneliti kosa kata dan gaya bahasa yang digunakan.
Contohnya:
Apakah maksud "dikatakan"? Adakah perkataan ini dapat mengesahkan kesahihan sesuatu maklumat?
Apakah maksud "rata-rata"? Adakah ia mewakili majoriti masyarakat? Siapakah yang tergolong dalam "rata-rata" mereka yang berpendapat sedemikian?
Contoh 3 - Aplikasi Mata Pelajaran Pendidikan Moral/Sivik dan Kewarganegaraan
The Star memohon maaf atas penerbitan berita di dalam gambar ini. Guru boleh mengadakan perbincangan bersama-sama dengan murid menggunakan berita ini.
Berikut ialah beberapa soalan perbincangan yang menarik:
Apakah kesilapan penerbitan tersebut?
Mengapakah The Star harus memohon maaf ?
Apakah yang menyebabkan kesilapan ini?
Apakah yang perlu dilakukan supaya kesilapan yang sama tidak berlaku pada masa akan datang?