Dalam modul ini, anda telah mempelajari:
Pemerhatian dan pemikiran kritis: menggunakan petunjuk visual untuk mencerna maklumat yang diterima.
Carian imej dan video: menggunakan geolokasi (geolocation) dan carian imej terbalik (reverse image search) untuk menentusahkan imej dan video yang diterima.
Pembacaan lateral: membandingkan sumber dan mengamalkan tabiat memetik daripada sumber yang sahih.
Kini tiba masa untuk renungan dan membuat refleksi!
Klik pada ikon '+' di hujung bawah kanan. Isikan nama penuh dan nama sekolah diikuti dengan perkongsian refleksi anda.
Seterusnya, Modul 6 akan membawa anda meneroka apa yang kita boleh lakukan sebagai pengguna media untuk mewujudkan persekitaran media yang selamat untuk semua:
Etika Internet: dengan memahami definisi "media selamat", evolusi media dan bagaimana peranan pengguna media berubah seiring peredaran zaman.
Sisi gelap teknologi: bagaimana terjadinya sesuatu yang 'tular', 'dipercayai' dan 'tersebar luas'.
Strategi media sosial yang selamat: mendalami cara berdepan dengan berita palsu - cara berkomunikasi dan tindakan yang perlu diambil untuk memastikan persekitaran media sosial yang selamat.
Sebelum kita meneruskan pengajaran, marilah kita uji diri dengan Pentaksiran Modul 5 dahulu!