Transkrip
Pada permulaan Modul 6 ini, kita akan sama-sama lihat serba sedikit perbezaan antara Media Sosial dan Media Tradisional. Dalam modul ini, kita akan lihat cara untuk mewujudkan ruang media yang selamat untuk semua. Sesuai dengan tajuk modul ini, kita akan lihat apakah yang dimaksudkan dengan literasi digital. Ia akan merangkumi etika Internet dan keselamatan semasa berada dalam talian, khususnya apabila berurusan dengan media sosial.
Adakah anda sudah bersedia? Mari kita mulakan.