Masihkah anda ingat perbincangan dua realiti dalam Modul 1?
Satu dunia dengan maklumat terhad dan satu lagi dunia dengan saluran media tidak terbatas. Sebenarnya, kedua-dua realiti ini sudahpun wujud dalam dunia abad ke-21, tergantung pada pengetahuan, kemahiran dan sikap seseorang semasa berinteraksi dengan maklumat.
Sekarang, bayangkan ruang media yang bebas daripada berita palsu, buli siber, pencerobohan maklumat peribadi dan kecurian identiti. Bayangkan ruang media yang tidak memaparkan maklumat, gambar atau video yang menyinggung dan tidak sensitif kepada keharmonian bermasyarakat.
Bayangkan ruang media yang benar, tepat dan membina.
Ruang media yang selamat bukan sahaja memerlukan penyebaran maklumat yang tepat dan sahih tetapi juga ruang yang selamat untuk pengguna media berinteraksi serta berkongsi pendapat. Tiada satu definisi formal untuk menjelaskan ruang media selamat. Namun, kita tahu ruang media yang selamat hanya boleh dibentuk jika kita semua memainkan peranan serta tanggungjawab bersama sebagai pencipta kandungan media dan juga pengguna media.
Banyak kemahiran telah disediakan dalam modul-modul Media Education Academy. Lihat kemahiran-kemahiran yang telah anda terokai di bawah:
Modul terakhir ini bertujuan memberikan kesedaran tambahan dari segi cara kandungan media dicipta dan juga cara kita berinteraksi dalam ruangan umum media bagi membina ruang yang selamat untuk semua.
Adakah kita mengamalkan etika positif dalam ruangan media? Adakah kita sedar tentang cara penggunaan maklumat?