Tahukah anda bagaimana institusi media di Malaysia menjana keuntungan untuk membiayai kos pengurusan media?
Adakah langganan bulanan pengguna cukup untuk membiayai semua kos operasi institusi media supaya institusi media dapat menghayati kebebasan editorial?
Cuba kita teliti sumber pendapatan melalui penajaan program atau kandungan sesuatu penerbitan.
Lihat tajuk-tajuk berita di bawah. Apakah nada tajuk berita berkenaan MCA? Adakah tajaan dan pemilikan media mempengaruhi nada berita yang diterbitkan?
Jika diteliti, corak nada penulisan penerbitan The Star menunjukkan maklumat yang menyokong MCA, berbanding dengan penerbitan pembekal berita lain. Pembekal penerbitan tidak dapat lari daripada meletakkan MCA iaitu pemegang saham terbesar Star Media Group pada perspektif positif. Tindakan 'menjaga nama baik' ini mungkin juga boleh mendorong kepada penghasilan maklumat yang berat sebelah.
Media juga terbahagi kepada pelbagai kategori. Apakah senarai kategori dan institusi yang terlibat? Klik pada butang biru di bawah untuk meneroka kategori institusi media.
Seperti yang dibincangkan dalam Modul 1, institusi media mestilah bebas daripada dipengaruhi pemilikan atau tajaan bagi menjamin penerbitan yang bertanggungjawab.
Namun begitu, dengan landskap Malaysia sekarang, tahap kebebasan editorial secara mutlak ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai.
Apakah kecenderungan pemilikan media sedia ada? Bagaimanakah budaya kita akan menyebabkan pemikiran bias? Teliti bias yang mungkin ada dalam setiap kategori di bawah.
Kebanyakan institusi media di Malaysia dimiliki atau mempunyai perkaitan dengan kerajaan atau parti politik melalui pemilikan saham syarikat pembekal media (Internet and Social Media in Malaysia: Development, Challenges and Potentials, Mei 2017).
Sebagai contoh, Media Prima Berhad (Media Prima), iaitu syarikat awam tersenarai yang merupakan pengendali rangkaian televisyen Media Prima, termasuk penerbitan media cetak seperti New Straits Times dan beberapa stesen radio telah dikaitkan dengan parti UMNO pada tahun 2019.
Saham milik UMNO dalam Media Prima kemudiannya dijual kepada Tan Sri Syed Mokhtar Shah; menjadikan beliau pemegang saham ketiga terbesar Media Prima. Tan Sri Syed Mokhtar Shah ialah seorang ahli perniagaan yang memiliki pelbagai jenis perniagaan termasuk syarikat berkaitan dengan kerajaan (government linked companies (GLC)).
Kerajaan Malaysia mempunyai kawalan dan pengaruh langsung dan tidak langsung terhadap media. Maklumat seterusnya menunjukkan demografi bahagian saham beberapa syarikat media di Malaysia.
Berikut ialah senarai pemegang saham dalam beberapa syarikat media di Malaysia. Tekan butang ">" untuk senarai pemegang saham syarikat seterusnya.