Dalam modul ini, anda telah meneroka tiga jenis bias yang mempengaruhi proses membuat keputusan harian:
bias pengesahan
bias atribusi
bias heuristik
Kini tiba masa untuk renungan dan membuat refleksi!
Klik pada ikon '+' di hujung bawah kanan dan tuliskan refleksi anda. Sila isikan juga nama penuh dan sekolah anda.
Seterusnya, Modul 4 akan membawa kita meneroka 3 ciri penting landskap media Malaysia:
Pemilikan Institusi Media - mengenal pasti cara pemilikan media mempengaruhi gaya penyampaian berita.
Undang-undang negara yang mengawal media - memahami perundangan yang berkaitan dengan kebebasan media di Malaysia.
Nilai berita - mengalami bagaimana nilai berita (newsworthiness) berbeza bagi setiap orang.
Sebelum kita meneruskan pengajaran, marilah kita uji diri dengan Pentaksiran Modul 3 dahulu!