MODUL 2: BAHAGIAN 1
MODUL 2: BAHAGIAN 1
*Clickbait atau pikat klik merujuk kepada strategi penggunaan teks atau visual yang menarik perhatian audiens untuk mengklik sesuatu pautan.
Maklumat palsu, berita yang mengelirukan, informasi yang direka untuk memfitnah seseorang serta pelbagai jenis maklumat yang berunsur negatif ada di mana-mana sahaja.
Tahukah anda, terdapat tiga jenis kategori utama kecelaruan maklumat? Apa yang membezakan antara ketiga-tiga kategori tersebut ialah dua ciri penting berikut:
Niat atau motif
Kebenaran kandungan.
Berikut ialah tiga kategori yang dipelopori oleh First Draft, iaitu sebuah agensi literasi media antarabangsa. Definisi ini telah digunakan dalam buku panduan literasi media oleh UNESCO [Versi BM / Versi BI]. Jom kita pelajari lebih lanjut.
3 KATEGORI KECELARUAN MAKLUMAT
Kesilapan yang tidak disengajakan seperti salah kapsyen, tarikh, statistik, terjemahan atau satira yang diambil kira sebagai benar dan serius.
Contoh: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menganggap artikel satira daripada laman web The Onion sebagai sesuatu yang serius/benar.
Kandungan yang sengaja dibuat-buat atau dimanipulasi. Sengaja menghasilkan khabar angin atau teori konspirasi.
Contoh: Mengedit gambar aktivis muda, Emma Gonzalez agar rakyat hilang kepercayaan kepada beliau.
Sengaja menerbitkan maklumat peribadi individu atau organisasi yang bukan untuk kepentingan awam, contohnya untuk membalas dendam. Sengaja menukar konteks, tarikh atau masa sesuatu kandungan asli.
Adakah anda dapat membezakan tiga kategori kecelaruan maklumat ini?
Apa kata cuba permainan di bawah dahulu! Suaikan kategori kecelaruan maklumat dengan penerangan yang betul.
Tahniah! Anda semakin faham tentang 3 kategori Kecelaruan Maklumat. Mari kita lihat jenis-jenis maklumat salah dan maklumat palsu. Yang manakah pernah anda alami atau terjumpa?
Klik pada ikon mata pada setiap kotak untuk penjelasan lebih lanjut berserta contoh-contoh menarik.
Anda dah tahu cara mengenal pasti jenis maklumat yang salah. Sekarang, bagaimanakah anda akan memilih untuk mempercayai maklumat yang diterima? Tapi... pernahkah anda terfikir mengapakah maklumat salah begitu POPULAR? Apakah niat sang penghasil atau penyebar pula? Hmm. Mari kita terokai di laman seterusnya.