mODUL 4: refleksi

Dalam modul ini, anda telah meneroka

  • Pemilikan Institusi Media - cara pemilikan media mempengaruhi penyampaian berita.

  • Undang-undang negara yang mengawal media - perundangan yang berkaitan dengan kebebasan media di Malaysia.

  • Nilai berita - nilai berita (newsworthiness) berbeza bagi setiap orang.

Kini tiba masa untuk renungan dan membuat refleksi!

Klik ikon '+' di hujung bawah kanan dan tuliskan refleksi anda. Sila isikan juga nama penuh dan sekolah anda.

Seterusnya, Modul 5 akan membawa kita meneroka tiga kemahiran penting untuk mengenal pasti kesahihan maklumat yang diterima dalam pelbagai bentuk media:

  1. Pemerhatian dan pemikiran kritis: menggunakan petunjuk visual untuk mencerna maklumat yang diterima.

  2. Carian imej dan video: menggunakan geolokasi (geolocation) dan carian imej terbalik (reverse image search) untuk menentusahkan imej dan video yang diterima.

  3. Pembacaan lateral: membandingkan sumber dan mengamalkan tabiat memetik daripada sumber yang sahih.

Sebelum kita meneruskan pengajaran, marilah kita uji diri dengan Pentaksiran Modul 4 dahulu!