MODUL 2: BAHAGIAN 1
MODUL 2: BAHAGIAN 1
Pada awal Modul 2, kita telah melihat bahawa ciapan Twitter yang tidak benar disebarkan enam kali lebih pantas berbanding dengan ciapan maklumat yang benar.
Agak menghairankan apabila maklumat salah lebih mudah tersebar berbanding dengan berita dan maklumat yang benar.
Apakah motivasi di sebalik berita dan maklumat salah ini?
Jawapannya ada dalam niat dan psikologi manusia.
Jom main simulasi sembang berikut. Klik pada kotak dialog merah jambu untuk mula.
Berdasarkan perbualan di atas, sesuatu maklumat boleh disalah erti dan disalah guna bergantung kepada niat pembuat kandungan (creator) dan penyebar maklumat (sharer). Ini menyebabkan kecelaruan dalam membezakan antara maklumat benar dengan palsu.
Terdapat pelbagai sebab mengapa ada pihak menghasil atau menyebarkan maklumat salah.
*Ini bukan senarai penuh dan bukan semua niat dapat dikategorikan.
Bobby (bukan nama sebenar) ingin membantu mengurangkan tindakan ahli komunitinya yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19. Dia lalu memikirkan sebuah idea dan menulis mesej WhatsApp untuk menakut-nakutkan pembaca agar mereka patuh kepada SOP. Mesej Bobby menjadi tular!
Adakah tindakan Bobby itu wajar?
Adakah Bobby patut ditangkap atau disabitkan dengan kesalahan menyebarkan maklumat palsu?
Siapa yang bersalah, penghasil mesej atau penyebar mesej? Atau semua tidak bersalah?
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
Pada 11 Mac 2021, kerajaan mewartakan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang antara lain bertujuan mengekang berita tidak benar berkaitan COVID-19 dan proklamasi darurat.
Klik butang-butang berwarna ungu dalam gambar di bawah untuk info lanjut mengenai ordinan ini.
Menurut pensyarah Universiti Mulltimedia (MMU), Kampus Melaka, Dr Hafidz Hakimi Haron hak kebebasan bersuara di Malaysia dijamin melalui Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Namun menurut beliau, Perlembagaan Persekutuan juga memberikan kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang yang boleh menyekat kebebasan bersuara seperti termaktub di bawah Perkara 10(2)(a) dan Perkara 10(4).
Undang-undang sedia ada berkaitan dengan maklumat palsu termasuklah:
Seksyen 233 Akta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 - Berkenaan dengan maklumat palsu.
Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan - Berkenaan dengan penyebaran berita yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada orang awam.
Akta Hasutan 1948 - Digubal untuk menghalang perbincangan yang disifatkan sebagai menghasut.
Akta Fitnah 1957 - Akta yang melindungi individu daripada fitnah yang boleh merosakkan reputasi dan kredibiliti individu tersebut
Perundangan yang mengawal kebebasan editorial pula akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam Modul 4.
Kesimpulannya, kebebasan bersuara yang kita ada memberikan ruang yang luas untuk kita berkomunikasi, namun tanpa kemahiran literasi media kita akan menjadi mangsa pelbagai jenis kecelaruan maklumat yang memudaratkan.
Bagaimanakah anda ingin mendidik murid atau pelajar anda tentang hal ini? Kami ada beberapa cadangan pada laman seterusnya.