Sekiranya anda cuma mempunyai tiga sumber rujukan, bagaimanakah caranya anda menentukan kesahihan dan ketepatan maklumat yang anda terima?
Diselubungi dengan dunia tanpa sempadan, semua pihak berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama menyiarkan dan berkongsi cerita. Apakah kriteria bagi memilih sumber?
Apabila kita mengamalkan perbuatan menahan diri daripada terus mengklik apa sahaja pautan dan hasil carian yang wujud dalam ruang penglihatan, kita mampu mengelak daripada membaca sumber maklumat yang mengelirukan dan boleh menemukan sumber sahih serta dipercayai. Caranya? Ikuti tiga langkah mudah di bawah.