mODUL 1: bAHAGIAN 1

Dunia Tanpa Literasi Media dan Maklumat

MEMAHAMI MEDIA &

LITERASI MEDIA DAN MAKLUMAT

Media berperanan untuk menyalurkan maklumat. Selain itu, adalah amat penting bagi institusi media untuk bertindak sebagai badan yang menyemak apa jua jenis maklumat dan dalam erti kata lain - mempertahankan kebenaran serta menentang kepalsuan.

Jika kita sudah ada institusi media sebagai perwira kebenaran, mengapakah kita perlukan literasi media dan maklumat?

Dalam slaid di bawah, kita akan cuba memahami mengapa perlunya kita menguasai kemahiran literasi media dan maklumat.

Klik butang > pada bulatan berwarna putih untuk meneroka dengan lebih lanjut.

Maklumat yang salah mampu menjerumuskan manusia ke dalam kecelaruan maklumat. Adakah anda dapat mengenal pasti tujuh jenis maklumat salah yang tergolong dalam kecelaruan maklumat?

Terokai jenis kecelaruan maklumat berikut:

Tujuh jenis kecelaruan maklumat ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Modul 2.

Masih ingat jenis-jenis kecelaruan maklumat?

Cuba namakan jenis kecelaruan maklumat melalui kuiz carian perkataan ini.

Fahami keperluan dan kemahiran berkaitan dengan literasi media, literasi maklumat serta literasi media dan maklumat. Kesedaran mengenai kemahiran ini mampu membentuk benteng diri daripada terpedaya atau terpengaruh dengan mana-mana kecelaruan maklumat.