Tempoh masa yang dicadangkan untuk Bahagian 2: 40 minit
Dalam bahagian ini, kita akan mengalami situasi di dalam bilik penerbitan. Simulasi ini bertujuan meletakkan anda dalam kedudukan seorang editor yang memerlukan anda membuat pelbagai keputusan dalam masa yang singkat. Anda boleh menjalankan aktiviti ini bersama-sama dengan murid di dalam bilik darjah.
Tahniah, anda telah dilantik sebagai guru perpustakaan dan media di sekolah anda. Anda akan mewujudkan projek TV Pusat Sumber Sekolah di sekolah anda.