MODUL 2: BAHAGIAN 2
MODUL 2: BAHAGIAN 2
Contoh 1 - Aplikasi Mata Pelajaran Bahasa
Aspek: Buih Tapisan (Filter Bubble)
Membaca bahan dari perspektif berbeza untuk mendapatkan pelbagai jenis maklumat. Teknik ini dipanggil pembacaan lateral (lateral reading) dan akan diperincikan dalam Modul 5 nanti.
Guru menetapkan satu topik dan pelajar perlu mencari maklumat yang menyokong dan maklumat yang tidak bersetuju dengan topik itu dari laman web yang berbeza. Kemudian pelajar simpulkan pendapat mereka berkaitan dengan topik hasil pencarian mereka. Guru membincangkan kesimpulan bahawa pembacaan dari satu sumber atau sejenis pendapat sahaja boleh menyebabkan kita terperangkap dalam situasi filter bubble kerana algoritma laman tertentu.
Contoh 2 - Aplikasi Mata Pelajaran Bahasa
Aspek: Ruang Gema (Echo Chamber)
Permainan ‘Misteri Pembunuhan’.
Permainan ini melibatkan beberapa suspek yang memberikan pendapat/maklumat yang benar dan palsu. Pelajar perlu mencari petunjuk untuk mengenal pasti suspek yang berkata benar/palsu dan mengesan pembunuh sebenar. Untuk refleksi, tanya sama ada pelajar berjaya mencari maklumat untuk menyokong atau membatalkan pendapat asal mereka. Siapakah yang mereka percayai dan mengapa?
Contoh 3 - Aplikasi Mata Pelajaran Sains
Aspek: Ruang Gema
Bongkarkan kesahihan kepercayaan masyarakat melaui ilmu sains.
Guru mengumpul kepercayaan atau mitos dalam masyarakat seperti gajah takut akan tikus atau kilat tidak akan menyambar tempat yang sama. Tugaskan pelajar untuk mencari maklumat bagi membuktikan kepercayaan tersebut menggunakan teori sains.
Pelajar akan menggunakan kemahiran proses sains seperti membuat inferens, mentafsir maklumat dan membuat hipotesis.
Contoh 4 - Aplikasi Mata Pelajaran Matematik
Aspek: Ruang Gema
Bongkarkan maklumat salah dalam info tular yang menggunakan nombor.
Guru akan kumpul maklumat salah yang memaparkan nombor atau kiraan yang salah. Contohnya, maklumat yang menyatakan jutaan orang telah hadir ke kempen tetapi kapasiti stadium hanya boleh memuatkan 1000 orang. Masyarakat suka memanipulasi nombor untuk menunjukkan betapa serius atau penting sesuatu peristiwa itu. Aktiviti ini mengajar pelajar untuk membuat anggaran dengan betul.
Guru menunjukkan cara pengiraan anggaran menggunakan aeriel photo dan teknik kiraan grid.