Dalam modul ini, anda telah mempelajari:
Jenis kecelaruan maklumat - memahami dan mengenal pasti perbezaan antara maklumat salah (misinformation), maklumat palsu (disinformation) dan maklumat hasad (malinformation).
Buih tapisan - meneroka sama ada anda berat sebelah.
Ruang gema - memahami cara ruang gema terjadi serta cara-cara untuk mengelakkannya.
Kini tiba masa untuk renungan dan membuat refleksi!
Klik pada ikon '+' di hujung bawah kanan dan tuliskan refleksi anda. Sila isikan juga nama penuh dan sekolah anda.
Dalam modul seterusnya, anda akan meneroka tiga jenis bias yang mempengaruhi proses membuat keputusan harian:
bias pengesahan
bias atribusi
bias heuristik
Kesedaran terhadap bias yang berbeza akan menjauhkan diri anda daripada berat sebelah.
Sebelum kita meneruskan pembelajaran, marilah kita uji diri dengan Pentaksiran Modul 2 dahulu!