Tonton video di bawah dan berikan perhatian kepada pembaca berita, Encik Luqman Hariz pada minit 2:30 hingga 2:55
Sekarang ini ramai yang hidup secara ala kadar. Ketika otaknya letak di atas, tetapi ada yang bertindak seolah otak di lutut mengenakan kompaun 50 ribu ringgit kepada penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri. Usaha itu dibuat kerana ada yang menanggung sehingga sebelas sekeluarga. Sudah pulangan tidak seberapa, jumlah kompaun langsung di luar pemikiran insan.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, pemberita berita tadi memang ada hak untuk menyuarakan pandangan beliau terhadap sesuatu ketidakadilan dan ini adalah usaha yang seharusnya kita sokong serta banggakan.
Namun, pada sudut lain - sebagai seorang pembaca berita, tanggungjawab beliau adalah untuk menyampaikan berita secara objektif tanpa dipengaruhi emosi atau pandangan peribadi.
Menerusi klip ini, kita boleh lihat bahawa beliau telah mengalami beberapa bias kognitif, antaranya:
Bias Pengesahan - Encik Luqman mungkin ada tanggapan tertentu terhadap polis atau situasi yang dialami dan beliau mentafsir situasi itu sebagai evidens sokongan kepada pandangan beliau bahawa tindakan kompaun tersebut tidak masuk akal..
Bias Atribusi Asas - Encik Luqman secara tidak langsung telah mengatribusikan tindakan polis yang menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang kepada corak pemikiran polis yang tidak mempertimbangkan situasi orang awam..
Hakikatnya, apa yang berlaku adalah polis menjalankan tugas yang diamanahkan dan mengenakan kompaun terhadap peniaga yang melanggar peraturan berdasarkan undang-undang.
Sebagai penerima maklumat, kita perlu peka terhadap bias atribusi yang berlaku pada penyampai berita atau media apabila kita mengakses atau mentafsir maklumat supaya kita tidak terpengaruh dengan bias atribusi atau bias-bias lain.
Hashtag #makeschoolasaferplace mula tular di Twitter apabila seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun, Ain Husniza Saiful Nizam mendedahkan guru lelaki di sekolahnya membuat lawak dalam bilik darjah berkenaan kes rogol. Pelajar tersebut telah menghantar satu video di TikTok yang turut tular ke platform media sosial lain.
Media telah meliputi kejadian tular ini neutral, namun masalah timbul apabila para netizen respon kepada penerbitan tersebut dengan tafsiran mereka yang tersendiri terhadap kandungan maklumat yang diterbitkan.
Terdapat beberapa bias atribusi yang berlaku berdasarkan reaksi netizen.
Terdapat beberapa bias atribusi yang berlaku berdasarkan reaksi netizen.
Ralat Atribusi Asas
Para netizen mula mengkritik tindakan pelajar yang menghantar video TikTok viral tersebut mengkritik tindakan gurunya dengan mengatribusi kepada faktor pelajar ini seorang autistik, dahagakan perhatian atau berniat untuk mengaibkan nama baik sekolah.
Dalam keadaan lain selepas kejadian tular ini berlaku, dalam kumpulan Facebook guru yang popular, terdapat ramai guru yang turut memberikan penjelasan faktor luaran terhadap tingkah laku guru lelaki tersebut seperti keadaan kelas mendesak guru untuk membuat gurauan tersebut ataupun guru itu hanya menjawab soalan daripada anak murid lelaki dan pelbagai justifikasi lain.
Ralat Atribusi Muktamad
Portal berita Malaysia Kini mengadakan satu wawancara bersama Ain dan memaparkan gambar daripada sesi tersebut dalam penerbitan berita mereka.
Gambar tersebut telah menjadi bahan bualan dan cemuhan, terutamanya daripada netizen lelaki.
Menerusi ciapan Twitter ini, dilihat pengguna ini (lelaki) mengatribusi cemuhan yang dicampak oleh lelaki lain (kelompok dalam) kepada penampilan Ain kepada faktor situasi iaitu MalaysiaKini yang dianggap tidak bertanggungjawab untuk mengumpan pembaca untuk menghantar komen negatif.
Pengguna ini tidak mengatribusi komen-komen tersebut kepada faktor disposisi iaitu sifat dan niat negatif lelaki lain yang menghantar komen sedemikian.
Kesan Tanduk
Ada juga netizen yang tidak menyiasat kesahihan tuduhan Ain, sebaliknya memilih untuk menyerang pelajar ini berkenaan penampilannya yang tidak menutup aurat.
Ini adalah contoh apabila tanggapan pertama terhadap satu unsur negatif tanpa penyiasatan dan maklumat lanjut digunakan untuk membentuk pandangan atau kesimpulan negatif keseluruhan terhadap seseorang individu atau sesuatu kejadian.