Contoh 1
Terdapat keperluan menerusi silibus subjek Sejarah untuk murid mempersembahkan kajian kes mereka. Guru boleh menerapkan kemahiran pembacaan lateral dengan menekankan beberapa fokus seperti
Mendapatkan sumber-sumber yang tepat dan boleh dipercayai. Contoh: Muzium Negara, Arkib Negara
Menyatakan sumber dan nama penulis bagi rujukan yang digunakan
Mempelbagaikan sumber rujukan
Memetik kandungan yang disahkan sahih dan rasmi
Contoh 2
Antara konsep nilai murni berkaitan dengan pengurusan dan penggunaan media dan maklumat yang boleh ditekankan termasuklah:
Berusaha mendapatkan maklumat yang tepat, sahih dan dipercayai
Memetik sumber dan pemilik asal kandungan yang digunakan sebagai tanda penghargaan
Tidak plagiat hasil kandungan pihak lain sebagai hasil kerja sendiri
Sentiasa menyemak jenis dan kandungan maklumat melalui enjin carian sebelum membuka laman sesawang yang mungkin menyesatkan