Dalam Modul 1, kita telah belajar tentang:
Kepentingan literasi media dan maklumat: Memahami skop literasi media dan maklumat serta cara untuk mengakses maklumat dengan selamat.
Etika media dan maklumat, kebebasan editorial dan pluralisme media: Memahami cara untuk melahirkan media yang bertanggungjawab serta peranan media dalam pembangunan masyarakat.
Tempoh masa yang dicadangkan untuk modul ini: 90 minit
Standard Utama
MEAL-AC1: Faham kecelaruan maklumat dan gelembung maklumat.
MEAL-AC2: Faham pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat melalui Internet.
MEAL-AC3: Tahu buih tapisan yang diperkukuh oleh algoritma media sosial dan lingkungan interaksi.
Standard Sampingan
MEAL-AW2: Faham etika media dan maklumat, kebebasan editorial dan pluralisme media.
MEAL-AC4: Faham bias kognitif berkaitan dengan psikologi manusia semasa mendapatkan maklumat.
MEAL-EV1: Faham bias kognitif berkaitan dengan psikologi manusia semasa menilai maklumat.
MEAL-US1: Faham pelbagai cara untuk menghadapi dan bertindak balas kepada cabaran dalam zaman maklumat.
PTS-1 - Bagaimana pelajar belajar serta keperluan tertentu pelajar dari sudut pembelajaran, sosial dan perkembangan.
PTS-2 - Mengajar kandungan dan metodologi berkenaan topik atau kandungan.
PTS-10 - Perkembangan profesional berterusan untuk mengekalkan pengetahuan dan amalan profesional yang sentiasa terkini.
MOHD HILMI BAKAR
NURUL AINI HANANI MOHD SAIDI
CHOO LUI YIU