Dalam Modul 5, kita telah belajar tiga kemahiran penting untuk mengenal pasti kesahihan maklumat yang diterima dalam pelbagai bentuk media:
Pemerhatian dan pemikiran kritis: menggunakan petunjuk visual untuk mencerna maklumat yang diterima.
Carian imej dan video: menggunakan geolokasi (geolocation) dan carian imej terbalik (reverse image search) untuk menentusahkan imej dan video yang diterima.
Pembacaan lateral: membandingkan sumber dan mengamalkan tabiat memetik daripada sumber yang sahih.
Tempoh masa yang dicadangkan untuk modul ini: 90 minit
Standard Utama
MEAL-US1: Faham bias kognitif berkaitan dengan psikologi manusia semasa menggunakan maklumat./ Understand relevant cognitive biases in human psychology when it comes to using information.
MEAL-US2: Guna media dan maklumat dengan cara yang akan menghasilkan kesan positif kepada diri sendiri serta masyarakat./ Use media and information in a way that will positively impact self and community.
MEAL-US3: Faham pelbagai cara untuk menghadapi dan bertindak balas terhadap cabaran pada zaman maklumat./ Understand ways to cope and adjust to the challenges in the information age.
Standard Sampingan
MEAL-AW1: Tahu kepentingan literasi media dan maklumat dan kaitannya dalam konteks Malaysia./ Aware of the importance of media and information literacy and its relevance in the Malaysian context.
MEAL-US3: Faham pelbagai cara untuk menghadapi dan bertindak balas terhadap cabaran pada zaman maklumat./ Understand ways to cope and adjust to the challenges in the information age.
PTS-1 - Bagaimana pelajar belajar serta keperluan tertentu pelajar dari sudut pembelajaran, sosial dan perkembangan./ How students learn, and the particular learning, social, and development needs of their students.
PTS-2 - Mengajar kandungan dan metodologi berkenaan topik atau kandungan./ The content and related methodologies of the subject matter or content being taught.
PTS-10 - Pengembangan profesional berterusan untuk mengekalkan pengetahuan dan amalan profesional yang sentiasa terkini./ Continuous professional development to maintain currency of their professional knowledge and practice.
EMILY NEOH GAIK KIN
FIZARIL AMZARI BIN OMAR
HAZWAN BIN HAMDAN