Tempoh masa yang dicadangkan untuk Bahagian 3: 30 minit
Sebelum menonton video di bawah, cuba teka yang mana satu lebih tinggi kebarangkalian terjadi dan risiko bahaya?
Berhenti!
Sila beri perhatian!
Aktiviti yang manakah lebih berisiko tinggi?
Menaiki roller coaster atau karusel merry-go-round?
Menunggang basikal, atau berjalan kaki?
Risiko lebih tinggi untuk maut dibaham sang singa, atau badak air?
Jika anda mengatakan aktiviti yang lebih berisiko tinggi ialah menaiki roller coaster dan menunggang basikal, serta kebarangkalian untuk maut dibaham singa adalah lebih tinggi, anda sama seperti kebanyakan orang lain.
Sama seperti mereka, ANDA SALAH!
Kurang dari 10 peratus kecederaan di taman tema adalah berkaitan dengan roller coaster. Tetapi lebih 20 peratus kemalangan adalah disebabkan permainan karusel merryโgo-round.
Dan walaupun aktiviti berbasikal kadangkala mencabar, lebih 4000 pejalan kaki maut setiap tahun.
Walaupun singa nampak jauh mengerikan dari seekor badak air, anda jauh lebih cenderung untuk maut diserang badak air berbanding singa.
Apabila kita bercakap tentang perkara yang membahayakan nyawa dan anggota badan, andaian otak kita TIDAK selalunya betul. Ini menjadikan kita sukar untuk menilai risiko ...dengan tepat!
Mari kita lihat, apakah itu bias heuristik!