Tempoh masa yang dicadangkan untuk Bahagian 3: 20 minit
Maklumat utama pada kedua-dua imej di atas adalah sama. Namun begitu, salah satu imej adalah daripada sumber yang tidak dikenal pasti, manakala satu lagi adalah daripada sumber rasmi.
Memetik kandungan maklumat daripada sumber yang sahih ialah salah satu konsep penting dalam memupuk kemahiran pembacaan literal.
Apakah yang dimaksudkan dengan pembacaan lateral?
Kemahiran pembacaan lateral ialah membuat pembacaan berlainan di sisi satu sama lain pada masa yang sama. Kemahiran ini memerlukan komitmen usaha yang berlanjutan kerana dalam dunia yang dibanjiri kecelaruan maklumat ini, kita sentiasa tergoda untuk mengimbas maklumat sekali lalu dan menerima maklumat seadanya sahaja tanpa memeriksa dengan lebih lanjut.