Tempoh masa yang dicadangkan untuk Bahagian 1: 40 minit
Sebelum kita meneroka persoalan di atas, tahukah anda bagaimanakah berita disebar luas di Malaysia?
Dulu, media arus perdana ialah media tradisional seperti media cetak dan elektronik. Kini, media sosial telah mengubah lanskap media di seluruh dunia.
Kandungan daripada media arus perdana dan wartawan warga berada pada kedudukan yang sama dalam media sosial masa kini. Nilai berita dan maklumat turut berubah-ubah berdasarkan minat dan perhatian yang diberikan pengguna.
Marilah kita meneliti perbezaan dan persamaan antara wartawan warga dan wartawan profesional.
Tajuk sensasi dan kepantasan penyebaran maklumat merupakan dua senjata utama wartawan untuk menarik perhatian pengguna. Pada masa yang sama, perkara ini adakalanya turut mengorbankan ketelusan dan kualiti kandungan maklumat yang disampaikan.
Oleh sebab itu, etika kewartawanan perlu diambil berat dan menjadi kepentingan utama dalam apa jua situasi yang melibatkan media dan penyebaran maklumat.
Seterusnya, marilah kita teroka perjalanan berita untuk disampaikan ke tangan pengguna akhir:
Jadi, siapakah media arus perdana di Malaysia? Tidak hairanlah, tanpa mengira bentuk media, media arus perdana seperti institusi media yang mengamalkan sistem penyuntingan dan pengulasan berita yang profesional masih menjadi sumber berita utama yang diyakini oleh masyarakat Malaysia.