MODUL 2: BAHAGIAN 2
MODUL 2: BAHAGIAN 2
JOM MAIN: KUIZ RUANG GEMA
Klik pada butang 'Jom mula!' untuk main kuiz ini!
Lebih tinggi markah anda, lebih tinggi kemungkinan anda berada dalam ruang gema. Anda perlu mencari jalan untuk keluar dari ruang gema ini.
Jika markah anda rendah, TAHNIAH! Kemungkinan anda berada dalam ruang gema adalah lebih rendah. Anda mempunyai banyak pilihan pendapat dan menggunakan maklumat berlainan untuk membuat keputusan yang lebih seimbang.
Kuiz ini dibina berdasarkan konsep homofili (homophily) yang mengambil kira kecenderungan manusia yang lebih gemar berinteraksi dengan orang yang serupa dengan mereka dari segi bangsa, jantina, kelas sosial, agama, kepercayaan politik, dan lain-lain. Selain itu, empat ciri kebersihan info atau information hygiene juga diterapkan.
APLIKASI DALAM KONTEKS SEHARIAN
Bayangkan jika Puan Mis dalam video sebelum ini mempelajari kepentingan literasi maklumat dan membuat carian maklumat dengan cara yang betul. Apakah yang akan terjadi? Apakah yang dapat dielakkan?Tonton video dibawah untuk melihat cara Puan Mis mencari maklumat menggunakan Teknik 3S dan keluar dari ruang gema.Β
Sedar - Berhenti dan fikir, "Adakah saya dalam ruang gema?"
Selidik - Β Baca pelbagai pendapat yang sama DAN yang berbeza atau bertentangan dengan pandangan kita.
Simpul - Pertimbangkan dan rumuskan maklumat yang anda temukan.Β
UKUR SEKALI LAGI
Adakah terdapat sebarang perubahan dalam jawapan anda?