MODUL 2: BAHAGIAN 1
MODUL 2: BAHAGIAN 1
Contoh 1 - Persediaan Mengajar
Apabila kita mampu untuk mengkategorikan maklumat serta mengenal pasti niat di sebalik penciptaan maklumat tersebut, kita menjadi lebih cekap dalam mengenal pasti antara maklumat yang wajar dipercayai atau pun tidak. Kemahiran ini penting agar kita boleh membuat keputusan yang terbaik dan tidak dipengaruhi oleh niat jahat penghasil atau penyebar maklumat salah.
Sekarang anda sudah tahu jenis-jenis kecelaruan maklumat. Jom kita amalkan ilmu ini dalam kehidupan seharian kita. Sedikit peringatan, pastikan sumber-sumber yang anda gunakan dalam kelas adalah juga daripada sumber yang sahih ya!
Jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan maklumat yang anda baru terima melalui media sosial. Biasakan bertanya kepada diri sendiri, "Betul ke maklumat ni?"
Contohnya:
Tempahan vaksin AstraZeneca dinanti-nantikan oleh rakyat pada pertengahan tahun 2021 sehinggakan gambar dengan maklumat tidah sahih menjadi tular.
Pastikan maklumat yang anda terima berasal daripada sumber yang boleh dipercayai. Biasakan kenal pasti sumber sesuatu maklumat, "Siapa yang cakap benda ni?".
Contohnya:
Lihat empat gambar berikut yang kononnya 'gempa bumi berskala Richter 5.1 telah berlaku di Gua Musang pada Mei 2021'. Apabila menerima gambar dan teks berikut, adakah anda akan mempercayai sebelum menyelidiknya?
Jika maklumat yang anda baru terima telah memancing emosi anda sila berhenti sejenak dan jangan berbuat apa-apa termasuklah berkongsi dengan orang lain. Biasakan bertanya kepada diri sendiri, "Adakah perasaan saya terganggu apabila membaca maklumat ini?" Jika ya, berhenti dahulu, JANGAN KONGSI.
Jika kandungan maklumat itu bermain dengan emosi anda, cuba fikirkan apa niat penulis atau penghasil kandungan itu. Kembali ke Langkah 1 jika emosi anda sudah terpancing.
Contohnya:
Yang manakah antara maklumat-maklumat berikut menyebabkan anda berasa terkejut dan ingin kongsikannya dengan orang lain? Adakah maklumat itu benar dan daripada sumber yang sahih?
Amalkan tiga tip asas ini bagi mengelakkan anda menjadi mangsa maklumat salah. Sekarang mari kita lihat beberapa cadangan untuk menyulamkan kemahiran literasi media ini di dalam bilik darjah atau bilik kuliah.
Contoh 2 - Aplikasi Semua Subjek
Guru membahagikan murid ke dalam tujuh kumpulan mengikut 7 Jenis Maklumat Salah dan Maklumat Palsu. Dalam tempoh seminggu, murid mencari maklumat dan berita berkaitan dengan kategori yang diberi. Hasil carian boleh dikumpulkan dan dipaparkan dalam aplikasi Padlet.
Guru juga boleh mengecilkan skop mengikut subjek masing-masing. Contohnya: Cari kandungan parodi berkaitan dengan subjek Sejarah, atau cari maklumat Konteks Palsu berkaitan dengan subjek Sains.
Contoh 3 - Aplikasi Subjek Bahasa Inggeris
Paparkan Factitious Quiz di bawah dan minta pelajar menjawab sama ada berita yang ditunjukkkan adalah sahih atau tidak.
Factitious Quiz: http://factitious-pandemic.augamestudio.com/#/
Senarai semak daripada PolitiFact di bawah pula boleh digunakan untuk aktiviti menganalisis keratan akhbar oleh guru.