Contoh 1
Bandingkan maklumat berikut:
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4 mendedahkan murid kepada konsep pemakanan seimbang. Berhadapan dengan maklumat yang berbeza, guru boleh menggunakan beberapa strategi pengajaran berikut:
mendedahkan maklumat terkini kepada murid
menyediakan ruang perbincangan: Mengapakah maklumat pada tahun 2017 berbeza dengan maklumat pada tahun 2020?
Kesimpulan perbincangan: Sedar tentang pengaruh media kepada pemikiran kita. Kita sebagai pembaca bertanggungjawab untuk menyoal ketepatan maklumat dan bukannya menerima secara bulat-bulat serta mempercayai semua maklumat yang diberikan. Penting juga untuk memahami latar masa dan kejadian yang berlaku serta keputusan yang dibuat pada masa-masa tertentu.
Contoh 2
Sejarah Tingkatan 4 membincangkan usaha menangani ancaman komunis termasuk penguatkuasaan undang-undang darurat, pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan serta perang saraf yang bertujuan memenangi hati dan fikiran rakyat.
Tajuk perbincangan kelas yang menarik termasuklah:
Adakah usaha tersebut masih diguna pakai dalam masyarakat moden sekarang?
Bagaimanakah kita boleh memastikan pemerintahan yang dilaksanakan menjalankan tindakan berintegriti?
Kesimpulan perbincangan:
Untuk memenangi hati dan fikiran orang ramai, pihak berkuasa mungkin akan menggunakan pelbagai strategi yang mungkin mempengaruhi kelakuan kita.