mODUL 1: bAHAGIAN 2

Media sebagai kuasa keempat

Tempoh masa yang dicadangkan untuk Bahagian 2: 20 minit

Sejak akhir abad ke-19, ideologi sosialisme nasional disebarkan secara meluas dalam kalangan masyarakat Jerman. Untuk mengatasi perpecahan sosial dan mewujudkan masyarakat Jerman yang homogen berdasarkan kesucian kaum; pemimpin Adolf Hitler mengagungkan bangsa Aryan dan menindas kaum asing terutamanya Yahudi yang dianggap berbahaya dan mengancam masyarakat mereka.


Tahukah anda bahawa dua daripada tiga orang Yahudi terbunuh semasa Perang Dunia Kedua akibat daripada undang-undang tajaan kerajaan yang membangkitkan isu perkauman, boikot ekonomi dan aktiviti keganasan yang amat mendiskriminasikan?

Sumber: encyclopedia.ushmm.org

Adolf Hitler dan rejim Nazi telah menggubal ratusan undang-undang baharu untuk menyekat dan mengasingkan orang Yahudi sejak tahun 1933 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1939. Di bawah pemerintahan diktator Hitler, rejim Nazi bukan sahaja membunuh masyarakat Yahudi secara zalim, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentang mereka.

Kementerian Propaganda Nazi yang diketuai oleh Dr. Joseph Goebbels mengambil alih semua bentuk komunikasi di Jerman termasuk surat khabar, majalah, buku, perjumpaan dan perhimpunan aman, aktiviti seni, muzik, filem serta radio. Segala sumber media yang dianggap bersifat mengancam keyakinan terhadap Nazi akan ditapis lalu dihapuskan.

Kejadian kebakaran buku di Berlin, Jerman pada 10 Mei, 1933. Sumber gambar: encyclopedia.ushmm.org


Pernahkah anda terfikir mengapa begitu ramai orang boleh mempercayai propaganda Nazi yang kejam? Mengapakah kempen Adolf Hitler yang mengancam Yahudi sebagai bangsa yang berbahaya mendapat sokongan ramai pada ketika itu?


Klik ikon berikut untuk memahami cara Nazi membentuk masyarakat pro-Nazi melalui pelbagai saluran media.

Jika anda dikelilingi dengan maklumat sebegini dalam kehidupan anda, adakah anda juga akan mempercayai Adolf Hitler?

Sumber gambar kepala laman web: encyclopedia.ushmm.org