Tempoh masa yang dicadangkan untuk Bahagian 2: 20 minit
Dalam dunia hari ini, kita menerima banyak maklumat menerusi telefon pintar, dalam talian, laman sesawang, media sosial, dan banyak lagi sumber lain.
Namun begitu, bukan bermaksud setiap maklumat yang diterima adalah betul. Terdapat kemungkinan bahawa maklumat tersebut telah dimanipulasi, semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan anda dan meraih populariti warga Internet amnya.
Klik pada butang β΅ dalam bulatan biru di bawah dan uji sendiri, adakah video tersebut dirakam di Baling, Kedah?
Dalam Modul 2 Bahagian 1-2 Bahaya Kecelaruan Maklumat, imej terdapat dalam pelbagai bentuk dengan kemungkinan tergolong dalam tujuh jenis maklumat salah, dan berkait rapat pula dengan niat atau motif pencipta atau mereka yang berkongsi kandungan tersebut yang sama ada mempunyai ciri maklumat salah (misinformation), maklumat palsu (disinformation) atau maklumat hasad (malinformation).
Imej-imej yang berikut menunjukkan konsep berkenaan maklumat yang dimanipulasikan. Nuansa, keadaan, dan emosi boleh berubah dengan perbezaan yang dibawa menerusi imej yang dirakam.