Sebelum kita mengguna pakai apa sahaja maklumat yang kita terima daripada mana-mana media, terutama sekali yang berlegar-legar dalam alam maya, pastikan kita sudah bersedia dengan kemahiran menentu sah imej serta video. Kemahiran ini amat penting supaya kita tidak terpedaya dengan visual yang telah dimanipulasi.
Geolokasi ialah kemahiran menggunakan petunjuk visual seperti muka bumi dan bangunan dalam imej/video dan membanding bezakan dengan yang terdapat pada imej satelit seperti 'street view' pada Google Maps atau Google Earth. Kemahiran ini penting untuk kita menentu sah sesuatu lokasi atau tempat yang didakwa oleh mana-mana pihak.
Klik pada butang ๏ผdalam bulatan putih untuk meneroka kemahiran geolokasi dengan lebih lanjut.
Kita boleh menggunakan kemahiran carian imej terbalik untuk mengesan sumber asal sesuatu visual. Adalah penting untuk kita mendapatkan imej asal untuk memahami konteks sebenar sesuatu kandungan supaya kita tidak mudah dipengaruhi emosi negatif.
Terdapat banyak imej yang dimanipulasi dan digunakan secara berleluasa dalam konteks yang salah - apabila kita ambil sedikit masa untuk mengesan imej asal; emosi dan bias negatif kita dapat dikawal.
Ada beberapa cara untuk melakukan carian ini, antaranya adalah dengan membuat carian melalui enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.
Klik pada butang ๏ผdalam bulatan putih untuk meneroka kemahiran carian imej terbalik menggunakan enjin carian dengan lebih lanjut.
Selain mengesan asal usul sesuatu imej melalui enjin carian, cara lain ialah melalui laman web yang menyediakan perkhidmatan mengesan jejak imej dalam alam maya seperti TinEye, PREPOSTSEO dan lain-lain.
Image Edited menawarkan perkhidmatan menyemak sama ada imej telah dimanipulasi melalui ujian piksel.
Untuk kegunaan telefon pintar, antara aplikasi yang boleh dimuat turun dan digunakan ialah Reversee (Google App Store; Apple App Store)
Klik pada butang ๏ผdalam bulatan putih untuk meneroka kemahiran carian imej terbalik menggunakan laman sesawang dengan lebih lanjut.
Hasil daripada carian imej kita dalam laman web tadi, kita akan temukan beberapa imej lain yang membezakan imej tersebut dan imej dengan latar belakang sebenar. Pernah keluarkan tangan anda keluar tingkap semasa anda memandu laju di lebuh raya?
Sebuah kapal terbang di udara biasanya terbang dengan kelajuan 880 hingga 926km/jam. Tidak mungkin juruterbang tersebut boleh mengeluarkan rod untuk bergambar melainkan ditolak angin rintang yang kuat dan mungkin patah tulang belakang jika tertolak dek daya tujahan serta kekal di sebahagian luar kokpit.