Tahukah Anda?

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermatlamat untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta sikap saintifik dan nilai murni bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian.

Mata pelajaran Sains untuk sekolah menengah berfokus kepada pembelajaran berfikrah yang melibatkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir bagi pemerolehan pengetahuan yang diterapkan melalui pendekatan utama dalam pendidikan sains iaitu inkuiri. Kurikulum sains juga berhasrat untuk menyediakan murid yang akan menghadapi era pembangunan teknologi yang pesat dan pelbagai cabaran abad ke-21. Golongan murid yang melalui kurikulum ini bakal menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang akan menyumbang kepada pembangunan negara.

Kandungan Standard Kurikulum Sains Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5 dibangunkan berasaskan tiga domain iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ketiga-tiga domain ini dialami oleh murid melalui kaedah inkuiri bagi menghasilkan individu yang fikrah sains.

Model Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir (KBSB) dalam Sains

Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen dan projek.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Cuba kuiz "KEMAHIRAN PROSES SAINS" ini.

https://wordwall.net/play/6543/385/8869

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah seperti berikut :

1. Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekitar

2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data

3. Luwes dan berfikiran terbuka

4. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara

5. Sistematik, yakin dan beretika

6. Bekerjasama

7. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan-rakan serta alam sekitar

8. Ikram

9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi

10. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

11. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat

12. Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam

PENYIASATAN SAINTIFIK / EKSPERIMEN

Kaedah penyiasatan saintifik/eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui penyiasatan untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu secara saintifik. Menjalankan penyiasatan saintifik/eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif. Langkah yang diikuti secara penyiasatan saintifik/eksperimen adalah seperti di bawah

Senarai 8 penyiasatan saintifik/eksperimen wajib bagi setiap tema adalah seperti berikut:

Tema 1: Kaedah Saintifik

1.6 Eksperimen bagi menggunakan langkah dalam penyiasatan saintifik

Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup

2.2 Eksperimen menunjukkan keperluan fotosintesis

3.1 Eksperimen untuk menunjukkan bagaimana tindakan biologi memberi gerak balas kepada perubahan untuk menstabilkan badan

4.7 Eksperimen untuk menentukan syarat percambahan biji benih

Tema 3: Penerokaan Unsur Dalam Alam

5.2.3 Eksperimen menentukan kadar resapan

5.2.5 Eksperimen menyiasat takat suhu didih semasa perubahan fizikal air

Tema 4: Tenaga dan Kelestarian Hidup

8.3 Eksperimen untuk membuktikan Hukum Pantulan

8.4 Eksperimen untuk mengkaji hubungan sudut tuju, i dan sudut biasan, r apabila cahaya melalui medium yang berlainan ketumpatan

PROJEK

(Pembelajaran Kolaboratif)

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. Kerja projek menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

Pernyataan Umum Tafsiran Tahap Penguasaan Pengetahuan

KANDUNGAN SAINS TINGKATAN 1

Tema 1: Kaedah Saintifik

Bab 1 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik

Tema 2: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup

Bab 2 Sel sebagai Unit Asas Hidupan

Bab 3 Koordinasi dan Gerak Balas

Bab 4 Pembiakan

Tema 3: Penerokaan Unsur dalam Alam

Bab 5 Jirim

Bab 6 Jadual Berkala

Bab 7 Udara

Tema 4: Tenaga dan Kelestarian Hidup

Bab 8 Cahaya dan Optik

Tema 5: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas

Bab 9 Bumi