Penyebaran Cahaya

Mari kita belajar:

  • Berkomunikasi mengenai penyebaran cahaya.

  • Menjelaskan penyebaran cahaya dalam kehidupan harian berserta contoh.

Cahaya putih terdiri daripada tujuh warna yang berlainan. Setiap juzuk warna ini akan bergerak dengan kelajuan (速度) yang berlainan dalam sesuatu medium.

Pemisahan cahaya putih kepada komponen warnanya ialah penyebaran cahaya (散射).

Cahaya putih yang bergerak melalui prisma kaca (玻璃棱镜) akan terbias (折射) dan tersebar kepada tujuh warna dalam tertib susunan tertentu kerana komponen warna bergerak pada kelajuan yang berbeza.

  1. Apabila alur cahaya putih ditujukan ke arah prisma kaca, sinar cahaya putih itu akan dipecahkan kepada tujuh komponen warna yang berbeza. Warna yang berbeza dalam cahaya putih itu membengkok (membias) ke arah mendekati garis normal pada sudut yang berlainan apabila memasuki prisma.

  2. Cahaya yang keluar daripada prisma kaca menjauhi garis normal dan membentuk spektrum (光谱) cahaya putih yang terdiri daripada warna Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Indigo dan Ungu. (Cara hafal Warna Spektrum: Mari Jual Kacang Hijau Bersama Ipin dan Upin!)

Cahaya merah mempunyai kelajuan yang paling tinggi maka cahaya merah paling kurang dibiaskan.

Cahaya ungu pula mempunyai kelajuan yang paling rendah dan paling banyak dibiaskan.

TUGASAN

Tujuan: Mengkaji penyebaran cahaya melalui pembentukan pelangi

Arahan:

Dengan merujuk kepada arahan Aktiviti 8.7 dalam Buku Teks, m.s. 238, cuba hasilkan pelangi di rumah anda dengan bantuan ahli keluarga serta rakamkan prosedur kerja anda untuk dihantar kepada guru anda.

Contoh Penyebaran Cahaya dalam Kehidupan Harian

Titisan air hujan dalam atmosfera bertindak sebagai prisma kaca yang menyebarkan cahaya matahari kepada tujuh warna pelangi.

Contoh penyebaran cahaya yang lain termasuk penyebaran cahaya dalam berlian dan permukaan yang mempunyai titisan air.

INFO SAINS

Kadang kala, pelangi sekunder yang lebih besar dengan warna yang terbalik boleh dijumpai pada langit kerana cahaya dipantulkan dua kali di dalam titisan air hujan. Pelangi sekunder mempunyai warna yang lebih malap dan terbalik.