Pembakaran

Mari kita belajar:

  • Merumuskan syarat untuk berlaku pembakaran.

Pembakaran (燃烧) ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan dipanaskan dengan kehadiran oksigen dan membebaskan tenaga haba dan tenaga cahaya.

Pembakaran merupakan tindak balas kimia kerana proses ini menghasilkan bahan baharu. Misalnya,

  • Pembakaran karbon seperti arang batu, arang, kayu api menghasilkan karbon dioksida

  • Pembakaran hidrokarbon seperti lilin, gas asli, diesel, kerosin, petrol menghasilkan karbon dioksida dan air

Syarat-syarat pembakaran berlaku, iaitu oksigen, haba dan bahan api. Pembakaran boleh dielakkan jika kita menyingkirkan salah satu daripada syarat pembakaran.

Tiga Keperluan Pembakaran

Aktiviti 7.3

(Buku Teks m.s. 205-206)

Tujuan: Membuktikan bahawa bahan api, oksigen dan haba diperlukan untuk pembakaran berlaku

A Menentukan bahan api diperlukan untuk pembakaran

Rod kaca, kayu, lilin dan batu dipanaskan dengan nyalaan api penunu Bunsen dengan menggunakan penyepit. Bahan-bahan tersebut diperhatikan sama ada terbakar atau tidak.

  • Berdasarkan pemerhatian anda, kelaskan rod kaca, kayu, lilin dan batu kepada bahan api dan bukan bahan api.

    • Bahan api : __________ , __________

    • Bukan bahan api : __________, __________

  • Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?

B Menentukan oksigen diperlukan untuk pembakaran

  • Lilin yang manakah akan menyala lebih lama? Mengapa?

    • Lilin _____ menyala lebih lama kerana terdapat bekalan _________ secara berterusan daripada udara di sekeliling.

  • Apakah gas yang digunakan dalam pembakaran lilin?

  • Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?

C Menentukan bahawa haba diperlukan untuk pembakaran

Mancis P dan Q dinyalakan.

  • Adakah mancis P dan Q menyala? Mengapa?

    • Mancis _____ tidak menyala dengan mudah manakala mancis _____ menyala dengan mudah kerana pembakaran tidak mudah berlaku tanpa __________ yang mencukupi.

  • Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?

CABARAN MINDA

Ramalkan apa yang akan berlaku kepada kebakaran jika satu daripada syarat pembakaran disingkirkan. Wajarkan kepentingan pengetahuan ini dalam kehidupan harian.