Perubahan Keadaan Jirim (Bahagian I)

Jirim (物质) boleh berubah daripada satu keadaan (状态) kepada keadaan yang lain apabila terdapat perubahan suhu (温度变化), iaitu apabila dipanaskan atau disejukkan.

Perubahan keadaan jirim dari segi pergerakan zarah-zarah disebabkan oleh penyerapan haba (吸) dan pembebasan haba (放热) berdasarkan teori kinetik jirim (物质动力学理论).

Semasa perubahan keadaan jirim, tenaga haba (热能) yang dibekalkan kepada jirim ditukar kepada tenaga kinetik (动能) yang mempercepatkan pergerakan zarah-zarah jirim.

Perubahan keadaan jirim boleh berlaku melalui proses-proses peleburan (融化), pendidihan (沸腾), penyejatan (蒸发), kondensasi (冷凝), pembekuan (冷冻), dan pemejalwapan (升华).

Apabila jirim dipanaskan:

  • zarah-zarahnya akan menyerap haba

  • tenaga kinetik zarah-zarah bertambah, zarah-zarah bergerak lebih pantas dan saling menjauhi antara satu sama lain

  • jirim akan berubah daripada pepejal kepada cecair dan seterusnya kepada gas.

Apabila jirim disejukkan:

  • zarah-zarahnya akan membebaskan haba

  • tenaga kinetik zarah-zarah berkurangan, zarah-zarah bergerak lebih perlahan, menarik dan menghampiri antara satu sama lain

  • jirim akan berubah daripada gas kepada cecair dan seterusnya kepada pepejal.

TUGASAN

Cari maklumat berkaitan dengan contoh perubahan keadaan jirim dalam kehidupan harian bagi mana-mana dua proses yang melibatkan penyerapan dan pembebasan haba:

Contoh A: Peleburan / Pendidihan / Penyejatan / Pemejalwapan (Pilih mana-mana satu proses)

Contoh B: Pembekuan / Kondensasi / Pemejalwapan (Pilih mana-mana satu proses)


Hasilkan 1 POSTER untuk menjelaskan:

a) Proses yang berlaku dalam contoh yang dipilih berdasarkan teori kinetik jirim

b) Perubahan keadaan jirim yang berlaku dalam contoh tersebut