Fenomena Geobencana

Mari kita belajar:

  • Berkomunikasi mengenai geobencana.

  • Menjana idea tentang kepentingan sains dan teknologi untuk menghadapi geobencana.

  • Menyedari bahawa bencana alam mendatangkan kesan terhadap kehidupan alam sekitar

Geobencana merupakan bencana alam yang melibatkan proses geologi akibat proses endogen.

Pelbagai kejadian geobencana seperti gempa bumi (地震), hujan asid (酸雨), lubang benam (天坑), pemanasan global (全球变暖), tanah jerlus , tanah runtuh, tsunami (海啸) dan volkanisme (火山活动).

Ia boleh menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, penyebaran penyakit dan kebuluran.

Gempa Bumi

  • merupakan gegaran di kerak Bumi akibat pelepasan tenaga dari dalam Bumi secara tiba-tiba. Gegeran ini berlaku apabila plat-plat tektonik beranjak.

  • menghasilkan gelombang seismik yang berbentuk bulatan bermula daripada pusat gempa dan membesar serta tersebar ke semua arah yang boleh dikesan dengan seismometer.

  • boleh menyebabkan kerak bumi meretak, tanah runtuh dan tsunami.

Volkanisme

  • berlaku apabila leburan magma terhambur keluar dari dalam Bumi disebabkan oleh tekanan tinggi.

  • berkait rapat dengan gunung berapi dan aktiviti gunung berapi.

  • boleh mencemarkan udara dengan gas dan debu, mencemarkan air, menagncam nyawa dan merosakkan harta benda.

Tsunami

  • merupakan kejadian ombak raksasa yang berlaku akibat gempa bumi di dasar laut, volkanisme (letusan gunung berapi) di dasar laut atau hempasan meteor di laut.

  • boleh membanjiri kawasan pantai dan daratan yang luas, mengancam keselamatan hidupan akuatik dan kapal serta mengubah corak dasar laut dan pantai.

Tanah Runtuh

  • merupakan susutan jisim, iaitu tanih yang tidak stabil menuruni cerun akibat tarikan graviti.

  • biasanya berlaku pada cerun-cerun curam yang terdedah kepada proses hakisan, luluhawa dan air hujan.

  • boleh memusnahkan harta benda serta mengancam nyawa.

Pemanasan Global

  • merupakan peningkatan suhu purata atmosfera Bumi yang boleh menyebabkan perubahan pada pola cuaca.

  • berlaku disebabkan oleh kesan rumah hijau iaitu peningkatan suhu atmosfera akibat peningkatan kuantiti karbon dioksida dan gas-gas rumah hijau lain yang memerangkap haba dalam udara.

  • boleh mencairkan ais di kawasan kutub dan meningkatkan aras laut serta menyebabkan kemarau yang berpanjangan.

Hujan Asid

  • merupakan air hujan yang mempunyai keasidan yang tinggi iaitu kurang daripada pH 5.

  • sulfur dioksida dan nitorgen dioksida yang dibebaskan oleh stesen jana kuasa elektrik dan kilang serta pembakaran petrol atau diesel dalam kenderaan bermotor bertindak balas dengan oksigen dan wap air di atmosfera membentuk asid nitrik dan asid sulfurik.

  • boleh mencepatkan pengaratan logam, tanah yang terlalu berasid tidak subur, sumber air berasid membunuh hidupan akuatik serta mengakis dan melarutkan ukiran batu kapur dan marmar.

Cabaran minda: Cadang dan terangkan cara yang boleh dilakukan untuk mengawal masalah ini. (TP5: Menilai)

Lubang Benam

  • berlaku apabila tanah di permukaan Bumi jatuh memasuki rongga dalam alur hakisan yang terbentuk dalam lapisan batu kapur.

  • Apabila hujan asid meresap ke dalam tanah, larutan asid mengakis batu kapur sehingga membentuk rongga-rongga kecil. Rongga ini menjadi semakin besar dan apabila rongga menjadi terlalu besar, batu kapur menjadi sangat lemah dan tidak cukup kuat untuk menyokong beban berat dari atas. Maka, permukaan tanah akan runtuh dan membentuk lubang benam.

Tanah Jerlus

  • berlaku apabila air bawah tanah mengalir ke atas dan membasahi kawasan dengan keadaan tanahnya agar longgar sehingga tanah tersebut bergerak-gerak.

  • biasanya terjadi di sekitar tasik, kawasan paya atau persisiran pantai.

Sains dan Teknologi untuk Menghadapi Geobencana

Kemajuan dalam sains dan teknologi membolehkan ciptaan alat yang mampu memberikan amaran awal terhadap kejadian tanah runtuh dan tsunami.

Alat pengesan tanah runtuh

  • Sistem ini menggunakan sensor tanpa wayar untuk mengesan pergerakan tanah di cerun bukit sebagai amaran awal kejadian tanah runtuh

Alat pengesan tsunami

  • Perakam pada dasar laut memantau perubahan tekanan dan mengesan tsunami.

  • Data kemudianya dihantar ke pelampung dan ke satelit yang boleh menawarkan data yang tepat, kerap dan hampir serta-merta di sebarang kawasan di Bumi.

  • Satelit menghantar data ke stesen di pesisiran pantai.


Sistem amaran awal yang melibatkan penggunaan siren, telefon bimbit dan pengumuman melalui televisyen boleh memberi amaran kepada penduduk tempatan apabila geobencana dikesan.

TUGASAN

Reka bentuk satu poster tentang kesan geobencana kepada manusia dan akibatnya. Bentangkan poster anda melalui rakaman video. (TP 6)