Aliran Tenaga dalam Ekosistem
Mari kita belajar:
Menerangkan dengan contoh pengeluar, pengguna dan pengurai.
Menginterprestasi rantai makanan dan siratan makanan.
Rantai makanan (食物链 ) menunjukkan hubungan pemakanan dan pemindahan tenaga daripada pengeluar kepada pengguna.
Gabungan beberapa rantai makanan membentuk siratan makanan.
Aliran Tenaga dalam Siratan Makanan
Dalam suatu siratan makanan terdapat aliran tenaga daripada pengeluar kepada pengguna dan akhirnya kepada pengurai.
Tenaga dipindahkan daripada satu organisma kepada organisma lain yang terdapat dalam suatu siratan makanan.
(a) Sumber tenaga yang utama dalam siratan makanan ialah Matahari.
(b) Tumbuhan hijau menyerap tenaga cahaya daripada Matahari dan menukarkannya kepada tenaga kimia melalui fotosintesis.
(c) Apabila pengguna primer (herbivor/omnivor) memakan tumbuhan hijau, tenaga kimia itu dialirkan kepada pengguna primer tersebut,
(d) Seterusnya, tenaga dipindahkan kepada pengguna sekunder (karnivor primer) dan pengguna tertier (karnivor sekunder).
Anak panah dalam rantai makanan dan siratan makanan juga boleh mewakili arah aliran tenaga. Walau bagaimanapun, bukan semua tenaga kimia yang dialirkan itu disimpan di dalam badan pengguna.
Sebahagian tenaga itu hilang dalam bentuk haba atau tenaga kimla dalam bentuk tinja atau digunakan untuk menjalankan aktiviti dan proses hidup seperti pergerakan, respirasi, pembiakan dan perkumuhan.
TUGASAN
Berdasarkan organisma-organisma yang berikut:
Pokok padi, Belalang, Beluncas, Burung hantu, Burung pipit, Tikus
a) bina satu siratan makanan dalam kertas A4. (3m)
b) Kenal pasti pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier dalam siratan makanan tersebut. (4m)
c) ramalkan kesan jika pokok padi mati akibat kemarau yang berpanjangan.
( 3m)