Ketumpatan

Cabaran Minda

Rajah sebelah menunjukkan sebiji telur dimasukkan ke dalam sebuah gelas yang berisi air paip.

  1. Mengapakah telur tenggelam di dalam air? (TP2)

    • Telur __________ daripada air.

  2. Cadangkan satu cara untuk membolehkan telur timbul di permukaan air. Berikan penjelasan anda. (TP3)

    • __________ sedikit __________ di dalam air untuk meningkatkan __________ air.

Mengapakah manusia boleh terapung di permukaan Laut Mati ?

Hal ini demikian kerana Laut Mati mengandungi garam yang sangat banyak sehingga menyebabkan air lautnya sangat tumpat berbanding laut biasa.

Keupayaan sesuatu objek terapung atau tenggelam di dalam cecair dipanggil keapungan. Keapungan bahan bergantung kepada ketumpatan bahan.

Apakah ketumpatan?

Ketumpatan sesuatu bahan ialah jisim per unit isi padu bahan tersebut. Unit S.I. bagi ketumpatan ialah kilogram per meter padu (kg/m3). Ketumpatan juga boleh disukat dalam gram per sentimeter padu (g/cm3 ).

1 g/cm3 = 1000 kg/m3


Ketumpatan ditentukan oleh kepadatan susunan zarah-zarah di dalam sesuatu bahan.

Ketumpatan bagi setiap bahan tulen adalah tetap. Kita boleh membandinglan ketumpatan sesuatu bahan dengan bahan yang lain apabila isipadu setiap bahan itu adalah sama. Apabila jisim bertambah, ketumpatan objek yang sama isipadu turut bertambah.

Bahan yang kurang tumpat akan terapung dan berada di atas bahan yang lebih tumpat daripadanya, manakala bahan yang lebih tumpat akan tenggelam dan berada di bawah bahan yang kurang tumpat daripadanya. Contohnya, ais terapung di permukaan air dan batu tenggelam di dalam air (Pemerhatian).

Inferens: Ais kurang tumpat daripada air

Inferens: Batu lebih tumpat daripada air

PERMAINAN

Cuba permainan di bawah untuk meramalkan sama ada bahan-bahan ini akan terapung atau tenggelam dalam air tulen berdasarkan ketumpatan.

https://wordwall.net/play/12809/592/442

Jadual 1 Contoh bahan dengan ketumpatannya

Susunan bahan mengikut ketumpatan dalam silinder penyukat

PENGIRAAN KETUMPATAN DENGAN MENGGUNAKAN RUMUS

Ketumpatan objek tidak sekata boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah sesaran air.

KUIZ

Lengkapkan kuiz ini untuk menguji kefahaman anda tentang ketumpatan.

https://forms.gle/huEimCgZSwYGb5Hw5

TUGASAN 1

Fenomena yang berkaitan dengan Perbezaan Ketumpatan dalam Kehidupan Seharian

Kumpulkan maklumat tentang fenomena yang berkaitan dengan perbezaan ketumputan dalam seharian seperti pengangkutan kayu balak, kapal selam, belon udara panas dan pelampung daripada Internet, buku rujukan, majalah dan sumber-sumber lain. Sediakan satu peta minda yang sesuai untuk membincangkan topik tersebut. Muat naik hasil anda ke dalam Google Classroom atau Padlet Kelas Sains. Anda diberi 1 minggu untuk menyiapkan tugasan ini. (TP4)

TUGASAN 2

Inovasi Objek, Makanan atau Minuman Menggunakan Konsep Ketumpatan

Pengusaha restoran hari ini sungguh kreatif dalam menyediakan juadah makanan dan minuman menggunakan konsep perbezaan ketumpatan.

AKTIVITI MEREKA CIPTA

Gunakan kreativiti anda untuk membina satu model kapal selam yang boleh timbul dan tenggelam dalam air berdasarkan konsep ketumpatan. Terangkan bagaimana kapal selam berfungsi. Anda diberi 2 minggu untuk menyiapkan tugasan ini. (TP6)

EKSPLORASI SAINS