Pembentukan Suatu Organisma

Manusia, haiwan dan tumbuhan merupakan organisma multisel yang kompleks dan memerlukan pelbagai jenis sel. Sel yang berlainan jenis mempunyai saiz, bentuk dan struktur yang dikhususkan untuk menjalankan fungsi spesifik. Proses ini dikenali sebagai pengkhususan sel. Pengkhususan sel membolehkan organisma kompleks menjalankan pelbagai fungsi hidup secara efisien.

PERMAINAN

"JENIS DAN FUNGSI SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN"

(Rujukan: Buku Teks: m.s. 54-55)

ORGANISASI SEL DALAM ORGANISMA

Sel-sel di dalam badan organisma multisel bekerja bersama-sama untuk membentuk tisu, organ, sistem dan seterusnya satu organisma.

Sel-sel yang mempunyai struktur yang sama dan menjalankan fungsi yang sama bergabung membentuk tisu. Beberapa jenis tisu yang berbeza pula bergabung membentuk organ yang menjalankan suatu fungsi khusus. Beberapa organ yang berlainan bekerjasama untuk membentuk sistem yang melakukan sesuatu fungsi khusus. Semua sistem pula bergabung membentuk suatu organisma. Setiap peringkat organisasi sel berlaku secara sistematik dan serentak untuk menyokong kehidupan.

TUGASAN

"Manusia merupakan organisma multisel yang kompleks."

Kumpulkan maklumat tentang pernyataan di atas menggunakan pelbagai sumber maklumat seperti internet, buku dan sebagainya. Bentangkan hasil dapatan anda dengan menggunakan multimedia. Anda diberi 1 minggu untuk menyiapkan tugasan ini.

Rujukan: https://www.cikguhailmi.com/2014/01/mengapa-manusia-adalah-organisma-yang-kompleks.html

"Organisasi sel membentuk pelbagai organisma."


Apakah kepentingan kewujudan pelbagai organsima?

  • Pelbagai organisma hidup bersama dan saling bergantung di antara satu sama lain untuk kemandirian.

  • Semua organisma berinteraksi antara satu sama lain dengan persekitaran untuk mewujudkan ekosistem yang seimbang.