Kuantiti Fizik dan Unitnya

Mari kita belajar: 

Saintis sering melakukan pengukuran (测量) dalam eksperimen atau penyiasatan.  Kuantiti yang boleh diukur dipanggil kuantiti fizikKuantiti fizik dalam sains ditakrifkan sebagai sifat fizikal yang boleh dihitung, iaitu boleh diukur dan dikira.

Kuantiti fizik boleh dikategorikan kepada kuantiti asas dan terbitanKuantiti asas merupakan kuantiti yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti lain.

Kuantiti fizik asas yang sentiasa digunakan ialah panjang (长度), jisim (质量), masa (时间), suhu (温度) dan arus elektrik (电流).

Setiap kuantiti fizik (物理量) terdiri daripada suatu nilai (值) dan suatu unit (单位).

Untuk keseragaman penggunaan, unit Sistem Antarabangsa atau Système International d’Unités (S.I.) digunakan.  Unit S.I. dijadikan sebagai unit piawai kuantiti fizik asas sejak tahun 1960 untuk mengelakkan masalah perbezaan unit pengukuran.  Hal ini membolehkan pertukaran data dan pengetahuan saintifik dilakukan ke seluruh dunia dengan lebih tepat.

AKTIVITI 1

Tujuan: Mengenal pasti kuantiti fizik, nilai dan unit S.I. yang digunakan


Arahan:

1. Perhatikan nilai dan unit yang digunakan pada spesifikasi dan label pada 5 barangan harian yang boleh dijumpai di rumah anda.

2. Catatkan nama barangan, kuantiti fizik, nilai dan unit S.I. bagi barangan tersebut dalam kertas A4.

3. Muat naik hasil kerja anda ke dalam Google Classroom Kelas Sains.


Rujukan:

Buku Teks Sains Tingkatan 1, m.s. 15

Contoh Hasil Kerja Aktiviti 1:

Nama Barangan: Gula

Kuantiti fizik : Jisim,     Nilai : 1,   Unit S.I. : kg

Imbuhan dan Kegunaannya

Imbuhan digunakan untuk mewakili nilai yang terlalu kecil atau terlalu besar dalam unit S.I.  Imbuhan merupakan huruf atau simbol yang digunakan bersama nilai berangka suatu kuantiti.  Contohnya: kilometer (km) - kilo merupakan imbuhan yang bernilai 1 000.

Jadual 1  Nilai imbuhan dan simbol untuk nilai unit kuantiti fizik

AKTIVITI 2

Tujuan: Mengenal pasti nilai bagi imbuhan yang digunakan dalam pengukuran


Arahan: 

Pertukaran Unit Kuantiti Asas


AKTIVITI 3

Tujuan: Menukar unit kuantiti asas, iaitu jisim, panjang dan masa


Arahan: 


Rujukan:

Buku Teks Sains Tingkatan 1, m.s. 16

KLIP VIDEO 1

KLIP VIDEO 2

Kepentingan Unit Piawai dalam Kehidupan Harian

Ketidakseragaman unit dalam kehidupan boleh mendatangkan kekeliruan. Sebagai contohnya, rakyat di beberapa buah negara menyukat barang dengan menggunakan kati dan tahil, manakala rakyat di negara lain pula menggunakan cupak, gantang, kaki dan ela. Penggunaan unit ukuran yang sama boleh memudahkan ahli sains untuk berkomunikasi di peringkat antarabangsa.


Rujukan:

https://www.cikguhailmi.com/2014/01/kepentingan-unit-piawai-dalam-kehidupan.html?m=1

AKTIVITI 4

Tujuan: Menyedari implikasi ketidakseragaman unit dalam kehidupan seharian


Arahan: